Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bibir Hitam Walaupun Tak Merokok? Cuba 10 Petua Ini Kembalikan Kemerahan Pada Bibir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bibir Hitam Walaupun Tak Merokok? Cuba 10 Petua Ini Kembalikan Kemerahan Pada Bibir

Bibir pucat dan gelap seperti orang merokok padahal dia tak merokok? Sebenarnya memang ada jenis bahan makanan yang sangat bagus untuk merawat bibir dan mengembalikan warna kemerah-merahan bibir seseorang. Jom kita tengok antara petua yang anda boleh guna pakai.

1. Madu

Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.

2. Limau nipis

Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.

3. Minyak zaitun

Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.

4. Air mawar

Sapu air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Cara menggunakan air mawar ini dapat dilakukan setiap hari.

5.Tomato

Ambil tomato kemudian sapurkan ia ke bibir secara rutin. Penggunaan secara rutin akan memberikan kesan yang lebih maksima.

6. Lidah buaya

Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Ingat ye perlu dilakukan secara rutin untuk kesan yang cepat.

7. Kunyit hidup

Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campur sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, dan bersihkan dengan air.

8. Elak dari menjilat bibir

Kebiasaan seperti ini dapat menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur akan menghakis permukaan bibir. Maka warna bibir yang merah akan memudar.

9. Jauhi kafein dan merokok

Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.

10. Air masak

Banyakkan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesihatan kulit dan memerahkan bibir secara semulajadi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sG9jKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.