Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Pahang ketengahkan calon disukai rakyat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Pahang ketengahkan calon disukai rakyat

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang hanya akan mengemukakan calon yang disukai rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti bagi memastikan peluang kemenangan yang lebih tinggi, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya bakal-bakal calon terbabit sedang dikenal pasti dan mereka yang berpotensi pula dipantau dari semasa ke semasa.

"Kita kena pilih calon yang orang suka. Kita tidak boleh ketengah calon yang pengerusi atau pucuk pimpinan suka... kalau ambil calon yang kita suka, tapi orang ramai tak suka, itu berat kepada parti (untuk menang)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengenai permohonan beberapa parti komponen agar mereka diberikan kawasan tertentu untuk ditandingi pada PRU-14, beliau berkata perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya hanya boleh memberi pandangan, tetapi tiada masalah kerana hal itu sudah pasti dapat diputuskan atas semangat setiakawan yang ada dalam BN," katanya, menambah jentera parti juga telah bersedia untuk menghadapi PRU-14.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u5rGqG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.