Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Buang Mindset Pukul Sama Rata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Buang Mindset Pukul Sama Rata

Cara Buang Mindset Pukul Sama Rata

Selamat pagi semua 🙂

Rasa termotivasi bila baca confession kat sini. Rupanya ramai je yang ada cerita lebih kurang antara satu sama lain. Terima kasih admin sudi siarkan confession ni. Aku tulis sebab aku nak minta pendapat yang murni dari korang. Terima kasih bagi yang sudi pendapat 🙂

Haa, sebelum tu, aku seorang student. Dah suku abad aku hidup. Alhamdulillah, parents aku masih hidup.

Ceritanya begini. Haritu ada orang nak masuk meminang aku. Tapi aku tolak, sebab dia lelaki. Hahaha. Tak, aku bukan lesbian, tapi aku ada pandangan negatif tentang lelaki. Abang- abang, adik-adik, pakcik-pakcik jangan cepat melatah. Aku mula ada mindset bahawa lelaki tak boleh dipercayai lepas aku tengok ayah aku.

Kami hidup sederhana. Mak aku kerja kerajaan, ayah aku kerja swasta. Gaji ayah aku lagi besar dari mak aku. Tapi, aku tak faham kenapa segala benda mak aku yang kena uruskan? Dari aku tadika, sampailah aku dah tamat ijazah, semua mak aku yang tanggung. Duit belanja aku adik-beradik, bil air api, barang dapur. Senang cerita, SEMUA.

Ayah aku bukan je tak keluarkan duit untuk kami, bahkan duit mak aku pun dia pau. Pernah sekali diorang gaduh teruk depan muka kami. Katanya, ayah aku ada perempuan lain kat utara. Yang kelakarnya, mak aku jadi detektif kejar ayah aku sampai kantoi dan sebab tu diorang gaduh besar. Aku tak faham, ayah, tak cukup ke ayah ada tiga isteri?

Mak tak pernah cerita buruk pasal ayah sampai aku adik-beradik geram sebab kami tau apa ayah buat. Sampai satu masa, adik bongsu aku yang masa tu masih sekolah rendah tanya : Mak, kenapa taknak cerai dengan ayah? Sama je dia ada ke takda. Bukan dia yang keluar duit pun.

Tapi mak aku balas : Buruk-buruk pun, dia tetap suami mak.

Aku tahu, mak sedih sebenarnya. Kisah dia balik beberapa bulan sekali, balik pulak pau duit mak. Pernah sekali, mak berkira-kira nak beli makanan sebab aku tahu dia takda duit. Aku adik-beradik boleh baca muka mak walaupun mak tak cakap. Aku benci ayah. Memang ayah tak pernah seksa kami secara fizikal tapi secara mental dan spiritualnya ayah dera kami sampai kami benci. Dahlah balik rumah beberapa bulan sekali, balik pulak menyakitkan hati. Aku sedar, aku anak ayah dan tak baik rasa begitu dan aku ni tak secantik anak-anak ayah yang lain, tapi penghinaan fizikal ayah berjaya menghancurkan hati aku tahu?

Mak marah bila aku generalize yang semua lelaki sama. Kata mak, jangan sebab ayah, semua lelaki aku pukul rata. Sampai adik aku kata yang dia pun taknak kawin sebab lelaki semua tak guna. Bapa saudara kami pun dua kali lima ayah je.

Takpalah mak, kami duduk dengan mak je sampai tua. Terima kasih mak. Mak baik. Moga mak dapat masuk Syurga Firdaus nanti.

Eh terpanjang pulak. Jadi nak tanya pendapat, korang rasa

1. Cammana nak buang mindset ni?

2. Cammana nak cuba rapat dengan ayah? Aku pernah beberapa cara, aku masakkan makanan feveret dia semua, tapi semua aku tak dihargai. Bahkan aku semakin benci pulak dengan ayah yang memanggilku gorila. Tapi yelah buruk buruk dia pun, dia tetap ayah kami bukan?

Terima kasih 🙂

Anak yang Mencuba

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEtkSj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.