Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terimakah Taubatku - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terimakah Taubatku

Terimakah Taubatku?

Benda yang selalu bermain di kotak minda aku ialah

Terimakah Taubatku?

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan yang serba mulia ini, aku merasakan tanggungjawab aku untuk berkongsi kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan aku. Semoga kisah ini akan menjadi iktibar dan pengajaran kepada rakan-rakan sekalian. InsyaAllah Bi-iznillah.

Seperti biasa dalam cerita-cerita kisah benar, aku akan perkenalkan diri aku menggunakan nama yang tidak benar. Nama aku Amzar, umur 30 tahun, bujang dan berasal dari Kuala Lumpur. Aku bekerja sebagai eksekutif pemasaran di syarikat kosmetik tersohor di Kuala Lumpur.

Memandangkan aku masih muda dan bujang, sejujurnya aku tidak dapat nafikan yang aku juga mempunyai nafsu syahwat yang tengah memuncak.

Aku memasang niat untuk mencari seorang gadis untuk dijadikan isteri yang sah. Tetapi malangnya, tiada siapa yang sudi. Mungkin pakej yang aku tawarkan serba kekurangan dengan tubuh badan yang agak gempal dan hanya memiliki wajah tidak sekacak Fattah Amin.

Aku masih ingat pada hari itu, hari Sabtu malam, di restoran mamak area Gombak. Aku melepak bersama kawan baik aku, Shahir. (Shahir adalah kawan baik aku sejak sekolah rendah lagi. Dia pun juga senasib dengan aku, berkerjaya tetapi bujang).

Tengah duduk lepak bersama Shahir, aku berkongsi akan masalah aku. Ya, masalah aku mencari pelengkap tulang rusuk kiri aku. Muka Shahir hanya tenang sahaja mendengar masalah yang aku kongsikan seolah-olah ianya perkara remeh. Tetapi Shahir fokus mendengar keluhan ikhlas aku tanpa sebarang patah perkataan yang terbit dari mulutnya.
Setelah aku selesai berkongsi masalah kepada beliau. Dengan tenang Shahir hanya respon dengan pertanyaan yang agak janggal kepada aku Kau ade duit RM150?. Dengan muka pelik aku pun bertanya Ada, kenapa? Kau nak pinjam ke?

Shahir terus berdiri dan memanggil pelayan dan memberikan RM5 untuk membayar minuman kami. Lalu Shahir bersuara lagi, Kau tinggal kereta kau kat sini, kita naik kereta aku. Lalu aku pun hanya menurut perintah. Maka aku pun berjalan menuju ke kereta Shahir dan tertanya-tanya, ke mana hala tuju kita sebenarnya.

Shahir terus memandu dengan tenang. Setelah 15 minit perjalanan kami. Shahir belok memasuki simpang. Aku tahu ini adalah kawasan Kepong dan aku tak berapa mahir dengan kawasan ini. Aku hanya mendiamkan diri sehingga Shahir memakir keretanya di hadapan deretan kedai.

Jom ajak Shahir. Aku pun membuka pintu kereta. Mata aku liar memerhati deretan kedai dan kawasan ini. Majoriti kedai sudah tutup kerana jam sudah 11 malam. Shahir terus berjalan menuju ke sebuah kedai. Tertera Pusat Refleksologi papan iklan di pintu kaca hitam.

La urut kaki ke? akhirnya terjawab segala soalan. Shahir hanya mendongak ke arah Kamera CCTV dan hanya melambai. Beeepppppp kedengaran pintu terbuka secara auto. Aku dan Shahir terus melangkah masuk. Seorang lelaki berumur lingkungan 50 tahun berbangsa Cina menyambut kehadiran kami dengan ramah.

Shahir menyapa uncle tua tu dengan mesra Ada sihat ka Uncle Joe. Lelaki itu yang dikenali uncle Joe tersenyum dan membalas Baik-baik. Shahir terus duduk di sofa. Kelihatan TV drama Cina sedang dimainkan. Aku pun hanya mengikut langkah Shahir.

Uncle Joe pergi ke meja kaunter dan terus mencapai telefon dan bercakap dalam bahasa cina. Yang aku faham Uncle Joe hanya menyebut beberapa digit Nombor. Maklumlah, adik perempuan aku belajar bertutur dalam bahasa cina. Sedikit sebanyak aku memahami apa yang Uncle Joe tuturkan.

Selepas Uncle Joe meletakkan telefon. Dalam masa 2minit muncullah 12 orang perempuan berpakaian yang menjolok mata. Dari raut wajah mereka aku yakin mereka bukan orang tempatan. Mereka beratur di hadapan kami. Aku hanya terkesima.

Haa.. apa lagi.. Pilih la Shahir menyuruh aku. Aku terdiam. Ni je yang boleh selesaikan masalah kau. Bil air tertunggak lama sangat tambah Shahir. Aku terkedu. MasyaAllah. Aku terdiam seribu bahasa.

Shahir terus bangun dan menunding jari ke arah perempuan Thailand yang berdiri nombor tiga dari sebelah kanan. Perempuan itu terus merangkul tangan Shahir dan terus menuju ke bilik belakang.

Ya. sekarang aku keseorangan di ruang menunggu dan dikelilingi 11 orang perempuan berpakaian menjolok mata dan Uncle Joe hanya berdiri di sebelah aku. Dia hanya mendesak aku untuk memilih yang mana satu.

Allahurabbi.

Aku tewas diatas desakkan Uncle Joe dan aku tahu, bukan salah Uncle Joe sebab memujuk aku. Aku memilih perempuan no 9 dari kiri. Gadis mungil setinggi 4 kaki bertubuh ramping dan memakai skirt merah dan baju kemeja sendat. Rambutnya panjang melepasi bahu. Dia hanya tersenyum dan merangkul tangan aku dengan erat bagai kami seolah mempunya hubungan seperti kekasih.

Aku sempat bertanyakan nama perempuan itu, (aku tak pandai nak eja namanya) berasal dari Kemboja. Berumur 17 tahun. Dia hanya pandai bertutur sedikit didalam bahasa inggeris dan kebanyakkanya bahasa cina.

Aku faham. Aku tak perlu menceritakan lebih lanjut apa yang terjadi. Tetapi dari sinilah aku bermula melibatkan diri ke kancah Zina. Pada mulanya aku menyesal diatas perbuatan keji aku ini, tetapi kian hari penyesalan aku kian pudar. Aku terus melanggan servis ini lebih-lebih lagi ketika hari gaji dan aku makin berani pergi seorang diri.

Ni je yang boleh selesaikan masalah kau. Bil air tertunggak lama sangat Terngiang-ngiang ayat Shahir di dalam telinga aku. Aku yakin setiap kali melanggan, aku tidak pernah lupa untuk menggunakan alat cegah hamil/kontrasepsi/kondom.

Dipendekkan cerita, suatu hari sewaktu aku sedang mandi. Aku dapat merasakan sesuatu di pangkal kemaluan seperti kutil daging. Dan semakin aku cuba periksa, aku dapat kesan beberapa kutil daging tumbuh di kawasan kemaluan.

Selesai sahaja mandi, aku terus duduk dihadapan komputer riba dan melayari Google. Aku jumpa beberapa artikel yang menceritakan berkenaan kutil daging yang tumbuh. Keesokan hari aku terus ke hospital untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut. Doktor mengesahkan aku dijangkiti HPV (Human Papillomavirus).

Jantung ini bagai disentap. Kaki ini terus longlai dan aku rasa sukar untuk bernafas. Walaupun aku tak tau apa itu HPV, aku tau yang aku benar-benar di dalam masalah yang besar. Bagaikan projektor wayang menyiarkan dosa-dosa zina aku yang lalu.

Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna.

Doktor X berkata kepada aku.Bersabarlah, sesungguhnya Allah masih sayang kepada kamu Amzar. Dia hanya bagi sebagai peringatan kepada kamu supaya kamu bertaubat dan pulang kepada Dia

Aku faham maksud Doctor X. Allah tak bagi aku HIV/AIDS. Tetapi die hanya bagi aku HPV seolah Dia hanya menjentik telinga aku yang degil ini. Allahu Rabbi.

Nasihat saya kepada lelaki/perempuan diluar sana. Jika masih mengamalkan hubungan kelamin bertukar-tukar pasangan. Berhentilah. Pergi ke mana-mana hospital dan buat pemeriksaan. Dan berterus teranglah dengan doktor. Supaya penyakit ini dapat di rawat pada peringkat awal. Rawat sebelum parah.

Disini aku ingin tegaskan bahawa pelanggan servis yang biasa aku temui di pusat rumah urut adalah majoritinya sudah berkahwin. Saya ulang sekali lagi, majoritinya sudah berkahwin!

Selepas dari keputusan pemeriksaan kesihatan. Aku dah cuci tangan dan masih menanggung beban yang suatu hari nanti aku kene khabarkan kepada pasangan aku bahawa penyakit yang aku hidapi.

Kini, aku bertaubat sebenar-benar hati dan aku berjanji akan cuba untuk sampaikan mesej ni kepada semua rakan-rakan sekalian supaya menjadi pedoman dan langkah berjaga-jaga.

Padan muka aku. Sebab dijangkiti penyakit ini. Allah balas terus kat aku dosa yang aku buat kat bumi ini.

Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina. Barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya). (yakni) akan dilipat gandakan adzab untuknya pada hari qiyamat dan dia akan kekal dalam adzab itu dalam keadaan terhina. Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shaleh, maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Furqaan : 68]

Terimalah Taubatku Ya Allah

Amirul Amzar

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCwO4X

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.