Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imam Di Palembang Warisi Al- Quran Bersalut Emas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imam Di Palembang Warisi Al- Quran Bersalut Emas

SEORANG lelaki tidak menyangka tidak menyangka koleksi Al-Quran bersalut emas 18 karat yang merupakan warisan turun-temurun dari nenek moyangnya itu bersejarah.

Media Indonesia melaporkan, Kemas Haji Andi Syarifuddin, 46 tahun menerima Al-Quran itu daripada ibu bapanya pada tahun 1990 sewaktu dia masih bersekolah.

Perkara yang diketahuinya adalah usia Al-Quran itu sudah mencecah 250 tahun dan merupakan peninggalan penghulu di zaman Kesultanan Palembang Darussalam.

“Alhamdulillah, saya ada sepuluh Al-Quran bersejarah, dan dua daripadanya bersalut emas,” katanya.

Adi yang merupakan imam Masjid Agung Palembang itu menyatakan ada beberapa perbezaan pada Al-Quran itu.

Imam Di Palembang Warisi Al- Quran Bersalut Emas

Menurutnya, terdapat tiga bahagian yang bersalut emas 18 karat iaitu pada halaman depan surah Al-Fatihah, surah Al-Kahfi, dan halaman akhir surah An-Nas.

“Setelah diperiksa, halaman itu memang disalut dengan emas 18 karat. Saiznya masih sama dengan Al-Quran sekarang, cuma berbeza pada nilai sejarah dan penulisannya,” katanya.

Selain itu, Andi menyatakan bahawa tulisan pada Al-Quran itu tidak menggunakan mesin cetak, tetapi, menggunakan tulisan tangan dengan dakwat emas. Kertas Al-Quran itu pula berasal dari Eropah.

Banyak pengalaman unik terjadi kepada Andi sewaktu menyimpan Al-Quran tersebut, antaranya adalah seseorang dari Malaysia mahu menukar Al-Quran tersebut dengan bayaran membuat Haji.

Tawaran itu berlaku sewaktu Andi mengikuti pameran kitab bersejarah di Bima, Nusa Tenggara Barat pada tahun 2005.

“Sewaktu mendapat tawaran itu saya masih belum mempunyai haji, tetapi saya menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu menjual Al-Quran itu,” katanya.

Walaupun keadaanya sudah kusam dan rosak, Andi berharap Al-Quran bersalut emas itu akan terus dijaga sehingga beberapa generasi keluarganya akan datang.

“Nampak saja sudah tua, tetapi masih boleh dibaca dengan jelas,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbu8j3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.