Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kekalkan Warisan Tradisi Pelita Raya

HARI Raya Aidilfitri seakan suram dan tidak meriah tanpa nyalaan cahaya pelita yang menerangi halaman rumah masyarakat yang merayakannya.

Tradisi menyalakan pelita seakan-akan menjadi sesuatu yang wajib bagi musim perayaan ini malah ia seolah menjadi salah satu budaya.

Bermula daripada pelita tradisi yang diperbuat menggunakan buluh hinggalah pelita terkini yang kebanyakannya diperbuat daripada plastik, ia melalui perubahan mengikut zaman.

Bagi mengekalkan kemeriahan memasang pelita di ambang Syawal, Pertandingan Pelita Raya diadakan saban tahun di negeri Terengganu.

Pelbagai kategori dipertandingkan termasuklah kategori rekabentuk serta kreativiti konsep kitar semula yang menggunakan bahan buangan untuk menghasilkan pelita.

Ini merupakan sebagai satu usaha untuk mengekalkan tradisi pelita raya bagi memeriahkan lagi malam-malam terakhir Ramadan sebelum bulan keberkatan ini melabuhkan tirai.

Namun tanpa pertandingan itu sekalipun, kebanyakan kampung tradisional di negeri ini masih lagi terus mengekalkan tradisi kemeriahan Ramadan ini.

Jadi tidak hairanlah jika anda melalui jalan utama sepanjang koridor timur di negeri Terengganu pada musim perayaan ini, anda pastinya teruja kerana bertemankan cahaya pelita sepanjang perjalanan.

Daripada pelita tradisi yang diperbuat daripada buluh, pelita kitar semula yang diperbuat daripada botol atau tin terpakai dan pelita moden yang rata-ratanya diperbuat daripada plastik semuanya memberi satu fungsi yang sama, untuk menerangi kegelapan dan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri.

Apa yang penting ialah, masyarakat perlu terus mengekalkan tradisi turun temurun ini agar ia tidak lenyap sebagaimana yang berlaku kepada kad ucapan Hari Raya! – MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tbqu8i

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.