Kisah 5 Pesawat Yang Hilang Secara Misteri Tanpa Jejak
Tetapi, yang sampai kini masih sukar untuk difikir oleh akal yang waras adalah, pesawat atau penerbangan yang hilang, lenyap tanpa meninggalkan jejak.
Ada juga kejadian yang menunjukkan bukti pesawat yang terhempas ke laut, namun baik bangkai atau serpihan burung besi itu tidak berjaya atau sukar untuk dijumpai. Sebagai contoh tragedi Malaysia Airlines MH370.
Semakin tidak masuk akal apabila insiden itu berlaku ketika di zaman teknologi penerbangan kian canggih, mengesan pesawat yang lenyap tersebut bagaikan mencari jarum dalam tepung.
Dari pelbagai peristiwa, di bawah 5 kes pesawat yang hilang secara misteri sepanjang sejarah, seperti yang Laicikang.com kutip dari Listverse.com, Isnin (19/6/2017).
1. Frederick Valentich dan Cessna 182L, 1978
Menurut laporan, sebelum pesawat itu hilang, muncul sebuah objek terbang yang tidak dikenal pasti (UFO) berhampiran pesawat yang diterbangkan oleh Valentich.
Menurut rekod komunikasi antara Valentich dengan ATC (air traffic control), juruterbang muda itu melaporkan sedang diikuti oleh sebuah pesawat lain. Namun, ATC mengatakan kepadanya bahawa tidak ada pesawat lain selain Cessna 182L yang diterbangkan oleh Valentich.
Namun Valentich berkeras mengatakan melihat pesawat tersebut. Beliau juga mendakwa bahawa objek yang tidak dikenalpasti yang mengikutinya itu mempunyai 4 lampu pendaratan pada bahagian kaki pesawat.
Tidak lama kemudian, benda terbang itu melintas di atas pesawat Valentich dengan jarak kira-kira 300 meter dengan kelajuan tinggi, Valentich berkata pesawat itu "mengorbit" di atasnya dan ia mempunyai permukaan logam berkilat dan cahaya hijau di atasnya.
Ketika kejadian tersebut, ATC menyuruh juruterbang berusia 20 tahun itu mengenalpasti UFO tersebut. Valentich bertindak balas dengan mengatakan, "Ia bukan pesawat," sebelum transmisinya dengan ATC tiba-tiba terganggu oleh bunyi yang tidak dikenali yang digambarkan sebagai bunyi "kikisan logam."
Beberapa saat kemudian, penghantaran Valentich dengan ATC terputus. Sejak itu, juruterbang dan pesawat Cessna 182L tersebut tidak pernah dijumpai lagi.
Menurut teori yang dijelaskan oleh pesara juruterbang tentera udara Amerika Syarikat James McGaha dan penulis Joe Nickell, hilangnya Valentich 'baik' disebabkan kerana kemalangan berseorang. Mereka menilai bahawa pemuda 20 tahun itu tidak berpengalaman, mengalami kekeliruan dan ilusi penerbangan, dan kemudian terhempas di lautan. Mereka juga mendakwa kemungkinan bahawa lampu-lampu di atas kepala yang dilihat oleh Valentich mungkin adalah planet-planet Venus, Mars, Mercury, dan Antares yang terang.
2. Amelia Earhart dan Lockheed Model 10 Electra, 1937
Earhart dan Navigator Fred Noonan, dilaporkan hilang ketika sedang melakukan misi penjelajahan mengelilingi dunia pada percubaan kedua. Pada percubaan pertama, pesawat Lockheed Model 10 Electra-nya sempat mengalami kegagalan enjin dan perlu mendarat dulu untuk diperbaiki.
Percubaan kedua dilakukan pada Jun 1937 dan berjaya. Memasuki Julai 1937, ketika mahu melakukan penerbangan dari Lae, Papua New Guinea ke kapal USCGC Itasca yang berlabuh di Pulau Howland, Earhart dan Noonan dilaporkan mengalami masalah komunikasi dengan ATC dari pesawat.
Masalah komunikasi berlaku sehingga berakhir dengan hilangnya Earhart dan Noonan.
Sejumlah spekulasi tersebar mengenai kehilangan Earhart dan Noonan, mulai dari 'teori terhempas dan tenggelam' menyebabkan jasad dan bangkai pesawatnya tidak dijumpai, mendarat di Pulau Gardner namun gagal dan jasadnya tidak dijumpai, hingga ditangkap oleh pasukan Jepun.
3. Flying Tiger Flight 739, 1962
Pesawat jenis Lockheed L-1049H Super Constellation yang baru beroperasi selama 5 tahun itu terbang dari California dan singgah di Honolulu, Pulau Wake, Guam, dan Pangkalan AS Clark di Filipina, sebelum akhirnya tiba di Saigon.
Namun, 80 minit setelah berlepas dari Guam ke Pangkalan AS Clark, pesawat itu terputus komunikasi dengan ATC, dan sejak itu tidak pernah didengar lagi.
Sejumlah spekulasi mengenai penjelasan hilangnya Lockheed L-1049H Super Constellation itu beredar. Teori pertama menyebut bahawa burung besi itu jatuh dan tenggelam di Lautan Pasifik.
Teori lain yang lebih berbau konspirasi menjelaskan bahawa pesawat kargo yang dipenuhi kakitangan dan tentera yang hendak menuju Saigon Vietnam itu disabotaj. Ada teori lain yang menyebut bahawa pesawat itu hilang akibat UFO.
Pesawat itu mula berlepas tanpa berkomunikasi dengan menara kawalan. Pegawai menara kawalan cuba menghubungi, tetapi tidak ada tindak balas, transponder pengesan dimatikan. Dengan lampu tertutup, pesawat itu berlepas menuju barat daya di Lautan Atlantik. Pesawat itu tidak dapat dilihat sejak hari itu. FBI dan CIA membuat pencarian di seluruh dunia tetapi tidak membuahkan hasil dan hingga akhirnya pencarian dihentikan.
5. Antonov An-32 Tentera India, 2016
Hubungan radar dengan pesawat hilang pada jam 09:12 22 pada Julai 2016. Misi pencarian An-32 itu menjadi operasi pencarian terbesar dalam sejarah India.
Enam belas kapal, sebuah kapal selam, dan enam pesawat dikerahkan untuk membantu carian di dan sekitar Teluk Bengal. Pada tarikh 15 September 2016, misi tersebut dibatalkan, dan semua penumpang dipercayai mati.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRxVln
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment