Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Dibelit Belalai Gajah Diselamatkan Oleh Rakan Dengan Laungan Allahuakbar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Dibelit Belalai Gajah Diselamatkan Oleh Rakan Dengan Laungan Allahuakbar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Zaman sekarang bahaya ada di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di kawasan yang berdekatan dengan hutan. Kita tidak akan dapat menjangka apa yang bakal terjadi apabila kita berada di kawasan seperti itu.



Misalnya perkara yang menimpa Dahmurdin, seorang pekerja pengutip biji di Ladang Tunjuk Laut yang telah diserang gajah secara tiba-tiba ketika dia sedang sibuk bekerja di kawasan ladang tersebut.

Sumber : Facebook

Kira-kira jam 2 petang, dia berada di ladang untuk meneruskan rutin sehariannya sebagai pekerja sebelum terlihat seekor gajah semakin menghampiri kawasannya.

Gajah bersaiz besar itu yang dikatakan sedang menuruni bukit telah ternampak Dahmurdin dan bertindak untuk mengejarnya. Terkejut dengan apa yang dilihat, dia kemudian cuba untuk melarikan diri tetapi terjatuh menyebabkan gajah itu terus menyerangnya.

Gambar hiasan

Gajah itu kemudian membelit kakinya menggunakan belalai dan mengheretnya ke tempat susunan pelepah sebelum cuba menghempasnya ke tanah. Mujur seorang pekerja bernama Sabri yang kebetulan berada di sekitar tempat kejadian menyaksikan insiden itu dan segera berlari ke arahnya untuk menyelamatkan keadaan.

Sabri kemudian melaungkan ‘Allahuakbar’ dan menjerit meminta tolong untuk menarik perhatian pekerja lain yang berada berdekatan kawasan itu. Selepas mendengar laungan itu, gajah tersebut terus melepaskan lelaki mangsa dari belalainya dan beredar ke kawasan kebun.



Sumber : Facebook

Insiden itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian leher, bahu dan badan. Penyelia di tempat kerjanya kemudian segera membawanya ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Nasib baik ada orang masa itu, kalau tidak tak tahulah apa jadi.

Baca : Lelaki Periksa Luar Rumah Selepas Terdengar Bunyi Bising Terkejut Dengan Apa Yang Ditemui

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDkJ0G

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.