Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Hina Polis Meninggal Dunia Ketika Bertugas Dikecam Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Hina Polis Meninggal Dunia Ketika Bertugas Dikecam Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Wajarkah seseorang yang sudah meninggal dunia dihina dengan teruk di media sosial? Baru-baru ini, seorang lelaki warganegara Singapura telah menimbulkan kekecohan di media sosial apabila berkongsi status menghina seorang pegawai polis trafik yang meninggal dunia ketika sedang menjalankan tugas.



Suspek dikenali sebagai Thomas Chua, 39, dan kini telah ditahan – walaupun bukan atas kesalahan berkenaan. Suspek ditahan kerana mencuri di sebuah kedai, Mustafa Centre pada awal pagi Ahad (5 Jun) pada jam 5.37 pagi, lapor The Star.

Difahamkan Thomas juga masih di dalam siasatan bagi tiga lagi laporan polis yang diadu terhadapnya sejak Januari lepas. Semuanya mula diketahui selepas kisah tragedi kematian anggota polis yang berusia 29 tahun ini muncul.

Sumber: Stomp

Menurut laporan The New Paper, anggota polis trafik tersebut sedang menjalankan tugasnya sebelum mangsa kemalangan pada Khamis lepas.

Sarjan Nadzrie Bin Matin cedera parah dan kemudian meninggal dunia sejurus selepas kemalangan tersebut berlaku.

Sumber: Stomp

Majlis pengebumiannya dihadiri lebih 100 orang termasuk rakan sekerja dari Singapore Police Force.



Selepas kejadian tragik itu diketahui umum, Thomas menaikkan status di laman Facebook dengan kata-kata yang tidak menyenangkan.

Sumber: Facebook

Menurut perkongsian tersebut yang sudah dipadam Thomas, dia meluahkan rasa jengkelnya akan kematian pegawai polis tersebut, malah sempat mengutuk tindakan polis tersebut yang pernah mengeluarkan saman kepadanya tidak lama dulu.

Wow polis yang berlagak bagus dalam menakut-nakutkan orang mesti mati… akhirnya semua polis semua akan mati macam semua orang di majlis pengebumian jadi jangan menakut-nakutkan orang hanya kerana anda polis yang **** menakutkan. Polis yang menguntungkan.” 

Akhirnya semua orang akan mati tak kira sama ada anda seorang polis atau orang biasa.”

Tidak cukup dengan kata-kata tersebut, dia juga memuatnaik dua rakaman video Sarjan Nadzrie ketika ditimpa kemalangan, walaupun pihak polis meminta orang awam untuk tidak menyebarkan video tersebut demi menghormati keluarganya. Dah kenapa dia ni??

Sumber: Facebook

Perkongsian tersebut telah diturunkan dan laman Facebook Thomas juga telah dihalang semenjak perkongsian tersebut mula tular.

Walau bagaimanapun, screenshot perkongsian tersebut masih lagi berlegar di media sosial. Hal ini juga telah menarik perhatian seorang menteri Singapura yang beranggapan Thomas mengalami “gangguan jiwa”. Setuju sangat!



Menurutnya,

Komen dari Thomas adalah satu penghinaan buat anggota polis dan sangat menyinggung hati keluarga Nadzrie.” 

Thomas tidak sensitif dengan perasaan seorang isteri yang tertekan, ibu bapa, keluarga dan rakan kerja yang sedang bersedih.” 

Sumber: Facebook

Namun tidak ada apa yang harus dirisaukan lagi. Thomas sudah ditangkap dan harapnya dia bertaubat dan tidak akan melakukannya lagi.

Tak baik menghina orang yang dah meninggal. Lebih baik kita doakan yang elok-elok buat dia dan keluarganya. 

Baca: Lelaki Ditahan Kerana Muat Naik Kenyataan Jelik Terhadap PDRM

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rProXa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.