Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia rangkul gangsa pada acara memanah Piala Dunia 2017

KUALA LUMPUR: Skuad memanah recurve lelaki negara berjaya merangkul pingat gangsa selepas mengalahkan Mexico 6-2 pada kejohanan Peringkat 3 Piala Dunia 2017 di Pusat Memanah Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat, Ahad.

Pasukan negara dibarisi Haziq Kamaruddin, Khairul Anuar Mohamad dan Muhammad Akmal Nor Hasrin memulakan kempen acara berpasukan dengan mengejutkan tuan rumah, Amerika Syarikat 5-4 pada pusingan pertama.

Pada saingan suku akhir, pasukan negara mengalahkan Great Britain 5-4 tetapi gagal meneruskan kemaraan apabila tewas 1-5 kepada Rusia di peringkat separuh akhir.

Menurut laman web rasmi Persekutuan Memanah Dunia, worldarchery.org, pasukan Rusia diwakili Vitalii Popov, Arsalan Baldanov dan Artem Makhenko menangi pingat emas selepas mengalahkan pasukan trio dari Taiwan, Deng Yu-cheng, Peng Shih-cheng dan Wei Chun-heng 5-1 pada final.

Bagi acara individu, hanya Muhammad Akmal menamatkan pusingan kelayakan individu di kelompok 10 terbaik selepas mengutip 648 mata untuk menghuni tangga ketujuh.

Lebih 300 peserta dari 40 negara mengambil bahagian pada kejohanan dunia itu.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sS1JM1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.