Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak salam PM Najib, ribuan rakyat terpaksa beratur panjang harungi saringan ketat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak salam PM Najib, ribuan rakyat terpaksa beratur panjang harungi saringan ketat

Ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan hari ini mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Ini peluang rakyat bersalaman dengan perdana menteri dan pemimpin negara sambil mengucapkan selamat hari raya.

Walau bagaimanapun, saringan keselamatan tahun ini dilaporkan lebih ketat berbanding tahun-tahun sebelum ini. Beberapa pertubuhan media juga dilarang memasuki premis berkenaan.

Malaysiakini melihat dengan lebih dekat proses pemeriksaan dan saringan keselamatan serta barangan yang dilarang dibawa ke Seri Perdana.

Selepas meletak kereta masing-masing di sebuah lot yang ditetapkan, pengunjung kemudian perlu mengambil bas ke Seri Perdana sebelum menghabiskan sekurang-kurangnya satu jam untuk berbaris.

Perkarangan Seri Perdana hari ini umpama lautan manusia yang mengambil peluang untuk saling memberikan ucap selamat dan bergambar dengan Najib walaupun mereka terpaksa menahan panas terik.

Menunggu mereka di hujung barisan adalah proses pemeriksaan an saringan keselamatan yang cukup ketat.

Selain pemeriksaan tubuh, pengesan logam turut digunakan. Mereka yang membawa beg, turut terpaksa menyerahkannya untuk diperiksa.

Antara barangan paling banyak yang dirampas, termasuk botol minuman, dan diikuti dengan payung.

Objek tajam atau mudah terbakar juga dirampas, termasuk mancis. Turut tidak terlepas adalah vape atau dikenali sebagai e-rokok.

Malah gunting kecil ini juga dianggap sebagai barangan larangan oleh kakitangan keselamatan.

Mereka yang akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Seri Perdana dihidangkan dengan pelbagai juadah, kebanyakannya makanan tempatan seperti sate, rendang, lemang, ketupat dan nasi himpit.

Pengunjung juga boleh menikmati persembahan pentas. Ramai juga dilihat mengangkut beg cenderahati yang dipercayai mengandungi kuih raya.

 

Sumber: MK



Sumber Nak salam PM Najib, ribuan rakyat terpaksa beratur panjang harungi saringan ketat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKDwHk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.