Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan suami isteri maut garagara kecuaian pemandu lain - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan suami isteri maut garagara kecuaian pemandu lain

1.png

KULIM, KEDAH – Pasangan suami isteri maut selepas kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan tiga buah kereta dan lori di Jalan Kulim, berdekatan Kampung Paya Serdang, jam 3 petang semalam, lapor Harian Metro.

Razak Saari, 66, dan isterinya, Robiah Mat Saman, 54, yang berniaga di pasar malam meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Mohd Azizi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.15 petang.

Lima anggota, jentera bomba dan ambulans Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan, semua mangsa dari kenderaan lain diselamatkan orang ramai yang kemudian dibawa ke Hospital Kulim dengan ambulans. Hanya dua mangsa tersepit di tempat duduk penumpang dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pembantu perubatan di tempat kejadian,” katanya.

Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira, sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

18835755_1497999923584689_31235095370950

Dari laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku setelah sebuah kereta jenis Mazda yang dalam perjalanan dari arah Kulim ke Baling, hilang kawalan lalu bergesel dengan empat kenderaan lain termasuk sebuah lori yang menyebabkan kenderaan terlibat bertembung antara satu sama lain.

“Dua mangsa yang menaiki kereta Proton Wira maut, sementara tiga lagi mangsa dipercayai sekeluarga yang menaiki Mazda berkenaan cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak perempuan berusia 12 tahun, Nur Syazarina yang bersekolah di SK Taman Hi-Tech.

Menurut Kamaral Azwa, pihak sekolah juga akan melancarkan tabung sumbangan kilat bagi meringankan beban anak mangsa. – The Reporter

Sumber: thereporter



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCgRvI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.