Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Perlu Cerdik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Perlu Cerdik

Pengguna Perlu Cerdik

Assalamualaikum dan hi.

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia kepada semua.

Jika confession ini diterima, alhamdulillah dan terima kasih!

Lately banyak sangat produk-produk baru yang muncul di pasaran. Bukan setakat produk, skim-skim pun merebak cepat. Kalau buat list mungkin boleh mencecah ribu riban. Konsepnya lebih kurang sama, menjanjikan kesempurnaan dan kesihatan (produk) , atau menjanjikan kekayaan cepat (skim)

Majoriti produk ini adalah keluaran melayu. Pelbagai nama dan jenama. Packaging bermacam jenis. Khasiat dan fungsi? Tentulah ayat yang memikat. Semua sakit boleh sihat. Cantik tanpa cela. Testimoni juga, melambak-lambak dan meletops.

Lalu, berbondong-bondong lah pembeli. Peleburan duit, membeli produk yang harga melambung, kesan baik nya kadang tak ketara pun. Malah ada yang lebih memberi kesan buruk. Terpedaya dengan janji manis.

Siapa yang mengaut untung di akhirnya?
Seller jadi kayaraya. Melancong sini sana. Beli kereta, rumah dan tambah harta. Teknik marketing diperhebat, makin ramai pengguna diperdaya.

Nasihat buat kita-kita yang mungkin pernah, sedang atau bakal jadi mangsa =,=

1) Latih diri berSYUKUR. jangan terlalu kejar arus modenisasi. Kalau media menampakkan kecantikan itu pada kurus dan putih, jadi adakah semua orang perlu kurus putih untuk memenuhi expectation
tu?

Tidak, tidak. Syukur seadanya. Someone will always be prettier. Someone will always be whiter.

Banyak sekali produk-produk kosmetik menawarkan cantik dan kurus sebelum raya, sedangkan matlamat dari Ramadhan adalah taqwa..

Bukan nak suruh stop semua supplement dan produk yang sedang guna, tapi berpada dalam membeli. Bersederhana.

2) Sebelum buat keputusan laburkan duit, fikir berkali-kali. Bukan fikir sekali dua. Kaji dan SELIDIK. Logik ke barang tu dengan harga sekian, sekian?

Kaji sikit-sikit, siapa founder, apa kelulusan dia, adakah produk tu betul betul dapat kelulusan kkm dan sebagainya.

Tak susah mana pun nak selidik. Mr. Google kan adaa.

Malah ada pages yang aktif membongkar penipuan seperti pages KKM, Pseudoscience Watch, Say No To MLM, Root Of Science dan lain-lain. Anda baca dan menilai. Jangan nilai pada luaran sahaja tapi carilah manfaat pada dari pages ilmiah tersebut.

Ramai pengguna mudah tersangkut dengan copywriting penjual. Senang cakap yang overclaim. Walhal hakikatnya indah khabar dari rupa.

Tahukah anda teknik copywriting itu jika diasah dan dipelajari, boleh melariskan jualan dengan sebaris dua ayat sahaja? Sebabtu ramai seller sanggup berhabis demi belajar benda ni. Mangsanya siapa? Koranglah, siapa suruh cepat sangat tertawan.

3) Kalau nak beli supplement untuk orang tersayang, dapatkan nasihat doktor dahulu. SOAL orang yang tahu. Sesuai ke supplement tu untuk sakit sekian, sekian?

Kalau anda diajak menyertai skim-skim pelaburan, yang mengaburi mata dengan kekayaan, janganlah terlalu cepat terpengaruh. Pause sekejap, dan berbincang dengan mereka yang tahu tentang perkara tersebut.

Tanya lah orang yang ahli dalam bidangnya. Penjual, bukan orang yang betul-betul layak untuk menerang bab kesihatan. Kita beli dengan harapan, di akhirnya tak memberi kesan. Siapa yang untung?

inilah secebis nasihat. Setiap kali melihat iklan fb ads yang dikerumuni komen pm, pm, pm, pm.. saya berasakan masyarakat perlu dididik dengan 3 perkara ini.

Syukur, Selidik, Soal.

SYUKUR supaya tak tamak mengejar kesempurnaan yang sampai bila bila tak mampu dicapai.

SELIDIK agar tak mudah terjerat dengan janji manis bergula.

SOAL orang yang tahu supaya tak tertipu. Sebab zaman ini zaman yang penuh penipuan dan kelicikkan. Penanda aras baiknya seseorang, tak boleh dinilai dari luaran semata.

semoga ada kebaikan dari penulisan ringkas ini.
Sekian.

~AloeVera

AloeVera

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEiR9j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.