Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peluang Masih Ada Untuk Ke Pusingan Akhir WMHL

KUALA LUMPUR – Malaysia terlepas slot automatik ke Final Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di India, Disember ini, apabila menduduki tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada saingan Separuh Akhir WMHL di London, malam ini.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, skuad negara gagal memberi saingan kepada England apabila ketinggalan 0-3 selepas minit ke-28 perlawanan.

England, yang kalah tipis 2-0 kepada Belanda pada aksi separuh akhir semalam, memulakan perlawanan dengan rentak kemas dan pantas sebelum pakar pukulan sudut, Harry Martin membuka tirai jaringan seawal minit kelima.

Empat minit kemudian, David Ames melakukan jaringan padang untuk memperkukuhkan kedudukan sebelum Harry menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-28.

Bagaimanapun, skuad Malaysian Tigers merapatkan jurang pada minit ke-53 menerusi jaringan padang oleh Faizal Saari sebelum England menutup tirai jaringan seminit sebelum tamat perlawanan oleh Phil Roper pada minit ke-59.

England, selaku pasukan ketiga terbaik pada kempen ini, layak ke Final WMHL di Bhubaneswar, akhir tahun ini manakala Malaysia masih mempunyai peluang merebut slot terakhir sekiranya dapat mengatasi pasukan keempat bagi kempen Separuh Akhir WMHL di Johannesburg, Afrika Selatan.

Hanya tiga pasukan terbaik masing-masing bagi kempen Separuh Akhir WMHL di London dan Johannesburg, Afrika Selatan, mara ke pusingan final yang mengandungi lapan pasukan.

India, selaku tuan rumah, mendapat slot ketujuh manakala slot terakhir akan menjadi penentuan perlawanan antara pasukan keempat di London dan Johannesburg.

Bagaimanapun, Malaysia menempah slot automatik ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India apabila lima pasukan terbaik kepada kempen Separuh WMHL di London layak ke pusingan akhir Piala Dunia. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sRZLeC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.