Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perangai Isteri Berubah. Bila Tengok Mesej Di Telefon Memang Buat Aku INSAF !!!

Loading...

Bila jam 2 lebih saja, mesti isteri WhatsApp saya tanya dah lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama.

Gambar Sekadar Hiasan“Tak makan, abang sarapan saja,” so, daripada jawapan saya itu, dia tahu dia kena masak.

Jam 7.00 malam, saya sampai rumah. Tetapi yang musykilnya, nasi masih tak terhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas masih dalam cerek.

Dulu tak adalah seperti ini. Tetapi sekarang? Hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena sebab tak mahu kecoh. Saya senduk nasi sendiri, ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.

Bila dah lama sangat begitu, sekali saya tegur dia.

“Awak, abang nak tanya ini. Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya abang dah makan tengah hari ke belum. Tetapi bila abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk abang.

“Sudahlah abang balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi, buatkan air siap-siap,”

Dia hanya tunduk, selepas itu dia minta maaf sebab tidak dapat nak buat semua itu untuk saya selama ini. Dia berjanji, mulai esok dia takkan buat lagi.

Malam itu, dia tidur awal, penat katanya. Saya yang masih belum mengantuk masih membaca mesej-mesej di aplikasi WhatsApp. Tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.

Lama saya meneliti. Selepas satu, satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengannya. Dan mungkin Allah nak menyedarkan saya bahawa saya telah silap dalam ‘menghukum’ isteri. Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum jam 2, jam yang biasa dia akan bertanya sama ada saya sudah makan atau belum.

“Abang, anak-anak melasak. Seorang pun tak nak tidur ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye?”

“Abang, lengan kanan saya sakit sangatlah. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tidur kot?”

“Abang, kepala saya berdenyut. Mungkin sebab tak cukup tidur,”

“Abang, adik gigit kakak. Kakak pula tarik rambut adik. Dua-dua ni asyik bergaduh saja,”

“Abang, selepas basuh dan jemur baju nanti, saya masak untuk abang ye,”

“Abang, kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu Ideal. Nak buat kuah bread puding,”

“Abang, jam 3 inshaAllah saya masakkan kari untuk abang. Sekrang tengah melayan anak-anak mewarna,”

Allahurabbi, kenapalah saya begitu buta selama ini? Bukankah sebelum itu dia sudah maklumkan pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak? Tetapi dalam sibuk-sibuk itu, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.

“Ya Allah, maafkanlah saya dan rahmatilah dia,”

Dalam hangat air mata itu, saya cium dahi dia dan hantarkan dia sebuah mesej.

“Terima kasih sayang. Maafkan abang,”

Sebenarnya, tanggungjawab kita yang kena siapkan semua itu. Isteri cuma melayan kita saja. Tetapi bila dia dah buat, jangan banyak mengadu. Ucapkanlah terima kasih dulu dan kalau nak tegur pun, tegurlah elok-elok. Peringatan untuk diri sendiri. – Karyawan Bisu

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sb6DoY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.