Video: Satu Keluarga Terbabas Masuk Dalam Parit…
SEBUAH keluarga berdepan detik-detik mencemaskan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam parit.
Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian namun ia dipercayai berlaku di sebuah kawasan perkampungan di utara Perak.
Menerusi rakaman berdurasi 25 saat, mangsa pada mulanya dilihat memandu sambil berborak dengan isterinya namun kendereaan dihadapan secara tiba-tiba memperlahankan kenderaan.
Membuatkan pemandu berkenaan hilang kawalan dan terus membelok ke sebelah kiri jalan bagi mengelak kenderaan di hadapannya.
Akibat Bagi Signal Masuk Mengejut.Kereta Nak Masuk Lorong Dekat Baru Bagi Signal.Kereta ke 4 Masuk Parit
Posted by khnfrz media on 8hb Jun 2017
Bagaimanapun sebuah kereta jenis Proton Saga secara tiba-tiba dilihat membelok ke arah kiri untuk memasuki simpang, sekali lagi membuatkan pemandu itu terpaksa mengelak dan akibatnya terbabas ke dalam parit.
Kedenganran suara bayi yang menangis ekoran impak kuat yang diterimanya ketika kemalangan.
Netizen di ruangan komen rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Proton Saga itu yang dilihat lambat memberi signal kiri, seterusnya menjadi punca utama kemalangan itu tercetus.
Namun segelintir netizen juga mengandaikan pemandu terbabit tidak memberi fokus pada pemanduan gara-gara menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Apa pun,semoga video ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Berhati-hatilah ketika memandu terutamanya apabila pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Pandu cermat, jiwa selamat! -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sh6CAG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment