Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terpenjara Dalam Nafsu Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terpenjara Dalam Nafsu Sendiri

Terpenjara Dalam Nafsu Sendiri

Assalamualaikum, sebelum saya terus kepada apa yang ingin saya tuliskan, mungkin ada yang akan rasa tak selesa sedari awal baca tajuk. So, kalau anda rasa tak boleh terima apa yang saya nak luahkan, just abaikan. Entah bagaimana nak mulakan tapi beginilah, saya ingin kongsikan betapa susahnya hidup sebagai seorang bernaluri songsang mengarut ni. Saya akan cuba bawa kepada deep conversation. Sebab saya rasa pembaca iium confession ni semua matang dan open minded. Kan?

Ya, sangat susah hidup sebagai diri saya. Sebab, saya hilang salah satu keperluan asasi seorang manusia. Nafsu yang cacat. Saya tak tahu bagaimana masa depan saya dengan memiliki nafsu songsang begini. Antara doa feveret saya ialah moga dilindungi dari buruknya hari tua. Sepatutnya saat usia saya ni saya dah sepatutnya memikirkan untuk berkahwin dan sebagainya, tapi saya clueless, saat semua orang bekerja kuat sebab memikirkan keluarga masa depan, tapi saya takde semangat langsung kearah itu. Bekerja sekadar bekerja, simpan duit sendiri, adalah sikit untuk mak ayah sebagainya. Tapi bukan untuk sebuah perkahwinan.

Dalaman saya sakit, saya nampak sihat, sebagai manusia normal, solat semua cukup tapi tak sempurna. Baca quran lagi. Ada juga dosa2 lain untuk melepaskan nafsu yang terpenjara ni tapi taklah keterlaluan. Itulah saya cakap, saya hilang salah satu keperluan asasi manusia. Semua benda yang saya buat rasa serba tak kena. Saya ada rupa, sebab apa saya berani cakap begitu, entah sebab saya seorang lelaki yang lelaki pun suka pandang dan puji. Jangan risau, saya tahu bezakan pandangan seorang yang adore kita dengan pandangan seorang yang bernafsu dekat saya dan ini yang saya tak jumpa lagi. Saya sebagai seorang homoseks menafikan bahawa kebanyakkan lelaki kacak adalah gay, sebab mostly saya jumpa dan jatuh hati semua normal melainkan dia pandai sorokkan, seperti saya. Ok cukup pasal soal itu.

Perwatakan saya yang lembut, menguatkan lagi naluri saya. Saya bukan yang jenis pakai pakaian perempuan, make up etc. Penampilan saya totally lelaki dan saya tak suka bergaya cuma saya rasa konfiden dengan rupa sahaja sebab kalau saya bergaya lebih saya rasa over dan saya tak selesa dipandang atau jadi tumpuan. Bagi saya lagi simple lagi hensem. Gitu. Kalau keluar saya just sikat rambut je dan pakai baju-baju dan seluar yang ala kadar dan lama. Saya selalu je kene tegur bab pemakaian tapi saya selesa cara begitu. Maaf saya over confident bab ni sbb saya takde benda lain nak puji diri sendiri walau hakikatnya saya sedih dengan diri sendiri. Kena maki pondan tu biasa dah dari kecik. Laki ke pompuan ke same je perli-perli. Sebab tu saya kurang keyakinan dan dingin je nak berjumpa orang dan menjadi diri sendiri.

Alhamdulillah saya belum lagi buat benda-benda pelik, join aplikasi atau group2 golongan gay mahupun bergaul dengan orang-orang senasib saya, sebab takde sorang pun tahu dan saya tak nak orang tahu, melainkan yang memang perasan keadaan saya. Saya pernah je ada hati pada perempuan, tapi itu dahulu sewaktu belum baligh sekadar suka-suka. Saya serius kearah ini ketika berada di asrama dan sewaktu saya akhil baligh. Siapa tinggal asrama tahu lah kan kalau yang comel-comel semua nak berangkat-angkat jadi abang akak. Tapi saya tak, sebab saya seorang yang dingin tak berapa mesra. Paling teruk pun saya pernah di raba oleh kawan saya sendiri ketika tidur tapi saya tersedar terus tepis dan rasa sangat tekejut dan buat-buat tak tahu. Terkejut sebab kawan saya itu seorang pemain bola sepak sekolah boleh pulak buat benda begitu? Banyak hal di asrama yang mempengaruhi keadaan saya sampai saya lalai dengan nafsu menyukai kawan-kawan sendiri. Itupun sekadar pendam.

Keadaan dalaman saya melarut sampailah ke uni dan sekarang saya bekerja. Kalau anda yang normal boleh menyukai seseorang dan meluahkannya, berbeza pula dengan golongan senyap seperti saya. Macam pelik je nak luah dekat sesama lelaki? Saya tak mahu menipu diri sendiri berpura-pura sukakan perempuan. Walaupun ada yang menaruh hati pada saya. Saya takut seandainya kahwin saya tak mampu beri nafkah batin kepada isteri. Orang nak kahwin perlu ada rasa cinta, apatah lagi lelaki yang sepatutnya menjadi penjaga rumah tangga. Kalau sebelum ini saya ada baca perkongsian seorang kakak yang ada nafsu songsang tapi memaksa diri berkahwin dan dah memiliki anak, tapi tetap masih lagi ada perasaan songsang itu, saya tak rasa saya boleh ikut jejak seperti itu, sebab menjadi seorang isteri dan menjadi suami adalah dua perkara berbeza. Saya percaya walaupun golongan seperti saya berkahwin sekalipun dan memiliki zuriat, tetap tak boleh lupakan naluri songsang tu sebegitu sahaja. Sebab itu ada juga kes yang berlaku melibatkan golongan yang sudah berkahwin. (atas pembacaan, bukan pengalaman). Nauzubillah la kan.

Saya sekarang serahkan masa depan saya dan soal hati dan perasaan saya pada Allah je yang maha memahami. Ujian orang lain-lain dan ini ujian allah bagi saya. Dan saya berdoa sangat agar allah hadirkan rasa cinta pada seorang wanita. Bukan sekadar rasa sayang, tapi Cinta, sebab kalau kita dah cintakan seseorang tu mesti dah tak pandang lain dah. Kan?

FreeSpirit

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbcieI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.