Hi! Welcome Back and Stay Tune! Felcra bayar dividen RM84.18 juta kepada 59,951 peserta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Felcra bayar dividen RM84.18 juta kepada 59,951 peserta

BERA: Seramai 59,951 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima ''duit raya'' apabila agensi itu mengagihkan dividen interim pertamanya bagi tahun ini berjumlah RM84.18 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peserta terbabit akan menerima antara RM2,000 hingga RM8,000 masing-masing bergantung kepada saiz pegangan saham tanah peserta.

Bayaran akan diselesaikan sebelum sambutan Aidilfitri, katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Felcra dan Cahaya Ramadan di Dewan Orang Ramai Felda Tambangau 6/8 yang turut disertai Pengerusi Felcra Datuk Seri Bung Moktar Radin, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata bayaran dividen itu adalah hasil keuntungan projek berkeluasan 106,763 hektar bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berjumlah RM120.271 juta.

"Agihan dividen ini adalah 70 peratus daripada keuntungan projek dan baki keuntungan akan diguna untuk membiayai kos operasi ladang," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata agihan dividen kali ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu yang berjumlah RM74 juta kepada 75,184 peserta.

"Peningkatan jumlah agihan ini turut dipengaruhi oleh faktor kanaikan purata harga komoditi iaitu RM312.72 per tan bagi kelapa sawit, RM7.49 per kilogram untuk getah dan RM1,200 per tan bagi padi.

"Kenaikan harga ini juga sedikit-sebanyak disumbangkan oleh kejayaan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara luar sebelum ini seperti di China yang telah meningkatkan harga kelapa sawit," katanya.

Ismail Sabri juga berkata tahun lalu, 963 projek Felcra merekodkan keuntungan berjumlah RM254.22 juta.

Dalam pada itu, beliau berkata Felcra masih mengkaji kesesuaian pembayaran dividen secara bulanan kepada peserta ladang kelapa sawit yang telah dilaksanakan di beberapa kawasan di Perak.

"Perkara ini masih dalam peringkat kajian kerana ada sesetengah peserta suka mendapat bayaran bulanan dan ada juga orang lebih suka menerima dalam jumlah yang banyak.

"Buat masa sekarang Felcra membayar dividen sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t94mrN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.