Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Mengaku Imam Mengamuk Halau Orang Di Bazar Ramadan Kluang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Mengaku Imam Mengamuk Halau Orang Di Bazar Ramadan Kluang

Lelaki Mengaku Imam Mengamuk Halau Orang Di Bazar Ramadan Kluang

SEORANG lelaki yang mengaku dirinya seorang imam mengamuk dan menghalau sekumpulan petugas Pakatan Harapan yang sedang mengedarkan kurma di Bazar Ramadan di Kluang Johor.

saya-imam-739854.png

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Lelaki tersebut yang memakai kopiah berulang kali mendakwa dirinya imam, selepas diminta bersabar apabila dia bertindak ganas menolak dan menghalau petugas yang sedang mengedarkan kurma kepada umat Islam yang berkunjung di Bazar Ramadan tersebut.

“Sabar bang puasa,” kata salah seorang petugas.

“Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, Astaghfirullah halazim, saya imam, saya imam,” kata lelaki itu sambil mendabik dada menunjuk-nunjuk dirinya.

Seorang lagi lelaki botak yang dipercayai rakannya turut bertindak kasar menghalau petugas tersebut. Rakaman gelagat lucu samseng-samseng itu menjadi viral di media sosial.

botak-742217.png

Bagaimana pun, dari telinganya yang capang itu dapat kita kenal pasti bahawa lelaki mengaku imam ini pernah berlaku biadap sebelum ini, juga dalam bulan Ramadan difahamkan di lokasi Bazar Ramadan yang sama.

Tahun lalu lelaki ini pernah menjadi ‘viral’ dan sensasi di media sosial dan digelar dengan beberapa gelaran sebagai ‘abang long capang’, ‘pendekar capang’ dan ‘samseng capang’.

Ketika itu dia melakukan perkara yang sama, menghalau petugas yang hadir ke bazar tersebut dalam insiden yang dikenali sebagai ‘surat mana surat?’

abang-long-capang-744618.png

Ketika itu dia menjadi bahan ketawa apabila meminta surat ketika menghalau rombongan petugas yang mahu memberi sedekah kurma kepada orang ramai.

Di bawah ini rakaman video kejadian tersebut, sila klik button ‘play’ untuk menonton.

Sumber: Milo Suam

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOSKvY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.