Hi! Welcome Back and Stay Tune! Memalukan: Mengaku Islam tapi jahil dan jahat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Memalukan: Mengaku Islam tapi jahil dan jahat

Polis tahan dua lelaki buat kecoh di bazar Ramadan
mk   -   Hari ini, 6:13 petang
Polis menahan dua lelaki kerana menimbulkan kekecohan dan provokasi di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam yang menyaksikan anggota parlimen Kluang dari DAP, Liew Chin Tong turut dikasari.
Dua lelaki berkenaan ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, jam 1.40 tengah hari.

"Hasil soal siasat, seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa yang sedang mengedar kurma di bazar berkenaan manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.

"Empat lagi suspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini," kata Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham ketika dihubungi Berita Harian hari ini.

Dalam insiden semalam, enam lelaki dikatakan membuat provokasi dengan menghalau beberapa anggota pembangkang termasuk Liew yang sedang mengedarkan kurma kepada orang ramai di bazar tersebut.

Video tindakan provokasi itu menjadi viral di media sosial sejak malam tadi dan mendapat kecaman ahli politik pembangkang dan kerajaan, termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik," kata Khairy menerusi Twitter rasminya, @Khairykj.

Manakala Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak Islamik.

Polis mula mengesan suspek selepas mangsa membuat laporan polis jam 10 malam tadi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta yang sama kerana ugutan jenayah.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbkZ8F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.