Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teknik Asingkan Duit Untuk Kawal Perbelanjaan Sebelum Habis Dibelanjakan , Teknik Ini Agak Kuno Tapi Berjaya Tau !! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teknik Asingkan Duit Untuk Kawal Perbelanjaan Sebelum Habis Dibelanjakan , Teknik Ini Agak Kuno Tapi Berjaya Tau !!




Hari raya dah nak dekat , pastinya banyak pembahagian perbelanjaan harus dilakukan . Mana nak beli persiapan raya macam baju raya , kuih raya . Mana pula servis kereta , perbelanjaan perjalanan , perbelanjaan semasa di kampung . Dah nama raya , mesti nak juga beri duit raya walau sedikit , betul tak ? Tapi semua tu ada timbang taranya , sebelum dihabiskan berbelanja , ada lagi perkara penting yang harus diselesaikan terlebih dahulu .

Okay , ada kawan kita ni share teknik simpan duit tapi agak kuno kata dia , tapi berhasil . Jadi bagi korang yang rasa-rasa duit ghaib je selepas gaji mungkin boleh cuba dan kongsikan teknik ni kepada rakan yang lain . Mana tahu dapat membantu , Lets check it out .

Dari fb : Nurhafizah Abdullah


INI TEKNIK ASING DUIT GAJI YANG KUNO TAPI...............
Lepas sahur tadi mak janji nak kongsi cara untuk elakkan duit ghaib sebelum tiba masanya kan. Kenapa mak buat cara ni? Sebab lamaaaa sangat dah mak dan shuben terlebih belanja setiap bulan. Bila masuk part tengah bulan, pakat duk menung macam ikan termenung. 
.
So, ini cara yang mak buat. Dan seriously menjadi taw dak. Tetiba jadi disiplin dan terurus duit keluar masuk. Hairan dan ajaib sangat. Sikit je mak ubah cara menyimpan, tapi kesan dia melampauuu sangat. 
.
Klik setiap gambar, mak terang satu2 cara dia. 👇👇👇




1. SEDIAKAN SAMPUL SECUKUP RASA & LABELKAN


Mula-mula skali, list semua liabiliti kita setiap bulan.

From A-Z, pastikan tak dak yang tertinggal. Macam mak, setiap jenis sampul ni mak memang tahu berapa anggaran nya. Dan mak tulis terus berapa MAKSIMA bagi setiap sampul.

Boleh je nak sumbat semua dalam 1 sampul terus. Dan tulis besar-besar 'TABUNG LIABILITI'.

Tapi mak lebih suka buat camni. Nampak sebijik-sebijik apa yang perlu kita spend dan berapa jumlah yang kita kene setel setiap bulan.





2. ISI SAMPUL DENGAN REDHA NYA

Bila dah list berapa jumlah belanja bagi setiap sampul, pastikan isi dengan redha dan riangnya. Isi lebih takpe, jangan kurang dari jumlah yang sepatutnya.



3. KEPIT SEKALIGUS, SIMPAN DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN SUSAH NAMPAK.

Simpan di tempat yang kita malas nak capai. Jangan duk bubuh dalam purse/wallet pulak. Senang bebeno nak dicapai time 'emergency'.

Tak emergency pun tetiba boleh jadi emergency kalau mari nafsu menyoping kita tu. Masak sangat dah dengan perangai diri sendirik.



4. SEGERA LANGSAI SEGALA LIABILITI

Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar. Seeloknya, hari ni dapat gaji, dalam masa 3 hari selepas tu dah setel bayar semua. 

Dan ingat, kalau ada baki simpan ja dalam sampul. Jangan ditarik2 masuk ke poket buat beli kuih raya ka, buat tambah duit postage ka.

Baki ni forward ke bulan depan. 

Tadi mak ada sampul 'MINYAK KERETA' ngan 'BARANG DAPUR + BARANG BASAH' kan? Dua sampul ni je yang aktif sampai ke hujung bulan taw. Sebab duit minyak mak akan keluarkan dari sampul seminggu skali. RM100. 

Barang dapur yang kering dah setel beli awal-awal. Tinggal duit untuk barang basah je dalam tu. Barang basah tak leh beli awal-awal kan, tak fresh pulak. Sama jugak, time nak beli barang basah ni baru mak keluarkan.


5. CUKUP KE DAK?

Tadi dah asing semua duit untuk bayar semua liabiliti kan? So tak payah risau dah duit tak cukup untuk bayar semua tu sebab semuanya dana dah tersimpan kemas dalam sampul tu. 

Persoalan pertama, ada lebih dak? 
Hat lebih tu nak simpan buat reward diri pun boleh. Tapi jangan semua. Simpan sebahagian untuk saving. Saving jangan diusik. 

Persoalan kedua, cukup tak gaji untuk tampung semua belanja? Kalau cukup alhamdulillah. Kalau tak cukup, jangan meratap sedih pilu. Buat sesuatu. Paling mudah, bisnes online. Platform paling masyuk dan senang. 

Susah senang biar suami isteri sama-sama. 
Sikit atau banyak, sama2 la kongsi untuk ringankan beban antara satu sama lain. 

Alhamdulillah, lepas buat cara menyimpan gaya kuno ni,, memang berbeza sangat-sangat pengurusan duit mak senduk dan suami. Nampak dah kat mana duit pergi. Tak de dah laju macam air paip bocor. Dulu main sebat main withdraw sesuka ati ja. 😂

So guys, sapa yang nak cuba cara ni mak alu-alukan sangat. Banyak lagi cara lain, tapi hat ni yang paling berkesan untuk mak senduk dan suami. Jadi, selamat mencuba! 🤗

Salam sayang,



www.kakishare.my



Sumber : kaki share

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9hVr4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.