Ustaz Azhar Idrus Dedah Siapa Qatar Dan Punca Sebenar Qatar Dipulau
Hubungan tegang Qatar dengan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir mencapai titik kemuncak yang belum pernah berlaku sebelum ini, selepas keempat negara itu memutuskan hubungan diplomatik.
Dalam sebuah langkah yang terancang supaya pemerintah Qatar tunduk pada desakan mereka untuk menghentikan pemberian dana kepada ‘pengganas’, negara-negara jiran Qatar di Teluk Arab juga menutup sempadan mereka dengan negara kaya tersebut. Manakala Mesir pula menutup ruang udara dan pelabuhan bagi semua jenis pengangkutan Qatar.
Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dalam mengulas hal ini mengatakan ia berpunca daripada peranan besar Qatar dalam dunia Islam hari ini ketika mana negara Arab lain tidak mempedulikan nasib umat Islam.
“Qatar memang sebuah negara Islam yang banyak menolong pejuang-pejuang Islam, negara-negara Islam yang mempunyai krisis dengan negara kafir, Qatar akan menyebelahi negara Islam.
“Dalam peristiwa Morsi menjadi Presiden Mesir, yang pertama mengucapkan tahniah kepada Morsi adalah Qatar.
“Mereka yang memberi sumbangan untuk ekonomi mesir adalah Qatar.
“Qatar adalah pemimpin yang menyebelahi Ikhwanul Muslimin di Mesir.”
Ustaz Azhar Idrus juga menceritakan bahawa ketika perang Afghanistan yang berlaku pada tahun ’80-an dengan Amerika, Rusia, beberapa orang buruan Amerika yang diburu telah bersembunyi di Qatar dan mendapat jaminan keselamatan oleh pemimpin Qatar. Dr. Yusof Al Qaradawi yang mahu dibunuh juga antara yang turut berlindung di Qatar.
“Qatar banyak menganjurkan ijtima’ program-program menyukarkan tipu daya Amerika dan Israel, sebab itulah musuh yang paling dibenci dalam negara-negara Islam adalah Qatar.
“Sebab itulah sehari selepas lawatan Trump di Saudi, keesokannya sudah diisytiharkan untuk meranapkan Qatar ini.
“Jadi kita kena faham siapakah Qatar, Qatar ialah sebuah negara Islam yang menyokong umat Islam dan parti-parti Islam di seluruh dunia.. yang menyokong perjuangan mujahidin di seluruh dunia untuk membebaskan dari penjajah-penjajah barat iaitu Yahudi dan Nasrani.”
Ustaz Azhar turut menyeru kepada semua untuk mendoakan Qatar yang ramai dengan ulamak yang sentiasa bercita-cita ingin melihat kejayaan Islam mengalahkan Israel.
Bercerita pula tentang krisis yang berlaku di Yaman suatu ketika dulu, di mana ketika itu Yaman dipimpin oleh Abdul Hadi yang merupakan seorang penyokong Morsi dan Ikhwanul Muslim dan sentiasa memberi perlindungan kepada pejuang mujahidin, telah menimbulkan rasa tidak senang Israel dan Amerika.
Tonton video di atas untuk penjelasan lebih lanjut tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara umat Islam.
Ulasan krisis Qatar: Minit (0:01-3:40)
Ulasan krisis negara Islam lain: Minit (3.41-7:17)
Sumber: Laicikang
Sumber: sehinggit
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2shCBRb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment