Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kecoh di bazar Ramadan, 'imam' antara dua ditahan

KLUANG: Susulan insiden membabitkan wakil rakyat DAP, Liew Chin Tong, di sebuah bazar Ramadan di Kluang, polis hari ini menahan dua individu termasuk seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai imam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kluang ACP Mohamad Laham berkata kedua-dua mereka ditahan selepas tampil ke balai bagi memberi keterangan.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan tanpa senjata dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Bagaimanapun, mereka dilepaskan dengan jaminan polis.

Jelas Mohamad, pihaknya akan turut memanggil pihak pengadu, termasuk Ahli Parlimen Kluang itu, dalam masa terdekat.

Rakaman kekecohan di bazar Ramadan itu tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen apabila dua lelaki itu dilihat menghalau dan memaki hamun Liew dan pasukannya yang datang untuk mengedarkan buah kurma percuma.

Melahirkan kekesalan, Liew dilaporkan berkata, pihaknya amat sedih dengan apa yang berlaku, sambil menambah, bulan Ramadan yang mulia tidak wajar dicemari dengan kebencian, kekerasan dan kata-kata kesat serta kekasaran.

Berikutan insiden itu, beliau bersama pembantu khasnya, Sheikh Umar Bagharib Ali serta Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kluang, Radzali Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Kluang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9tNJv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.