Xiaomi Mi Max 2, Bateri Mampu Tahan Dua Hari
XIAOMI melancarkan phablet bersaiz 6.44 inci, Mi Max 2 yang mempunyai kapasiti bateri 5300mAh mampu bertahan sehingga dua hari tanpa cas di Beijing baru-baru ini
Mi Max 2 didatangkan dengan sistem pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 yang membolehkannya dicas sehingga 68 peratus dalam masa sejam selain mempunyai kekuatan RAM 4GB.
Peranti ini datang dengan pilihan storan 64GB atau 128GB bersama kamera Sony 12 megapiksel dan kamera depan lima megapiksel di samping berat 211g.
Berdasarkan sistem operasi Android 7.0 Nougat MIUI 8, ia ditawarkan pada warna emas lengkap pengimbas cap jari di belakang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun, sebanyak tiga Juta peranti telah berjaya dijual setakat ini dengan 1.5 Juta dijual dalam dua bulan pertama ia dilancarkan.
Ini bukanlah angka jualan yang tinggi jika dibandingkan dengan peranti utama tetapi memuaskan bagi peranti khas yang mensasarkan golongan tertentu.
Sementara itu, harga buat seunit Mi Max 2 dianggarkan pada harga kira-kira sekitar RM 1,057. -MYNEWHSUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbceeU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment