Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perli Isteri Mengindam, Suami Terkena Sumpahan Mengindam Nasi Lemak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perli Isteri Mengindam, Suami Terkena Sumpahan Mengindam Nasi Lemak

Laman Facebook 9 bulan 10 hari, sebuah tempat perkongsian mengenai isu ibu hamil pada 17 Jun yang lalu telah berkongsi satu kisah menarik yang dihadapi oleh seorang suami.

Kisah benar ini menceritakan di mana si isteri yang sedang hamil sedang mengindam ikan kembung. Tetapi si suami kemudiannya menyarankan si isteri supaya menikmati ikan tenggiri yang lebih berkhasiat berbanding ikan kembung.

Akhirnya akibat mengabaikan permintaan isterinya, si suami diberi kesempatan untuk merasai pengalaman mengindam seperti yang dihadapi isterinya.

Al kisahnya minggu lepas isteri cakap teringin nak makan ikan kembung… saya cakaplah.. ikan tenggiri lagi sihat.. makanlah.. pastu isteri saya menangis dia cakap teringin sangat… masa tu saya tercakap ‘mengada-ngada betul awak ni’

Keesokan tu tak tahu apa jadi.. saya betul-betul teringin nak makan ikan bilis yang ada dalam nasik lemak.. spesifik pulak tu.. nak ikan bilis yang dah goreng tapi nak yang ada kepala sekali… teringin tu bukan teringin biasa.. tapi lain macam..

Bila cerita kat isteri.. isteri cakap… ‘semalam masa abang ckp sayang ngada-ngada.. sayang minta doa kat Allah supaya abang rasa apa yang sayang rasa kalau tu lah cara nak bagi abang faham perasaan sayang ni…mungkin sebab tu kot.. hihi’..aiii… boleh gelak pulak dia….

Patutlah..memang pelik rasa teringin ni.. rasa nak nangis oo…

Di akhir perkongsian admin laman berkenaan menasihati para suami supaya membeli makanan yang dipinta oleh si isteri. Tidak salah membelanjakan wang kepada insan yang sedang mengandungkan zuriat kita.

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي“

Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik bagi istrinya dan aku adalah orang yang terbaik di antara kalian terhadap istriku”

Hadis Riwayat At-Thirmidzi

InsyaALLAH pasti rezeki kita semakin bertambah.

Perkongsian ini mendapat lebih 9k likes daripada pengguna laman Facebook.

Sumber 9 Bulan 10 Hari



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2stsCat

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.