Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rezeki 'Fatimah dari Birmingham' [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rezeki 'Fatimah dari Birmingham' [METROTV]

WALAUPUN tidak pulang beraya di Malaysia sejak menetap di Birmingham, United Kingdom pada 2001, Omar Mukhlis Azizan, 36, masih mendidik dan menerapkan budaya Melayu menyambut Aidilfitri di Birmingham secara sederhana kepada tiga anaknya termasuk Fatimah,3, yang menjadi perhatian netizen selepas videonya tular di laman sosial.

Omar berkata, dia masih mengekalkan tradisi yang dilakukan di kampungnya di Kota Bharu, Kelantan supaya adat Melayu tidak dilupakan.

"Kami anak beranak akan memasak bersama ketika malam raya dengan pelbagai juadah raya seperti satay, nasi impit dan rendang.

"Fatimah sangat menggemari nasi impit selain teruja apabila saya mengajaknya untuk membuat kuih raya sebagai persiapan Aidilfitri nanti," katanya yang mempunyai restoran di Birmingham.

Menurut Omar, dia dan isterinya Nor Ashila Mahamed Ismail, 36, tidak ketinggalan membawa anak mereka menziarahi umat Islam yang turut menyambut Aidilfitri di sana.

"Walaupun menetap di negara orang, saya dan isteri tidak lupa untuk mendidik anak untuk melakukan tradisi bermaaf-maafan di pagi raya sebelum berkunjung ke rumah jiran beragama Islam di sini,"katanya.

Menurutnya, sambutan raya yang dilakukan pada tahun ini agak berbeza dari tahun lalu.

"Jika tahun lalu, sambutan seperti pakaian hanya biasa saja, namun selepas Fatimah tular di di Facebook dan Instagram, ramai yang menaja pakaian.

"Dia nampak gembira dan alhamdulillah atas rezeki yang kami terima tahun ini," katanya.

Sebelum ini, Fatimah, tular di laman sosial selepas kanak-kanak itu fasih bertutur dialek kelantan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u3TRpM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.