Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syatilla anggap gurauan peminat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syatilla anggap gurauan peminat

PELAKON Syatilla Melvin tidak menganggap perbuatan netizen di laman sosial mempertikaikan nama anak lelakinya Syerivsamheizy sebagai perkara yang serius.

Syatilla yang juga isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam berkata, dia percaya ia hanyalah gurauan daripada netizen yang mengikuti aktiviti mereka di laman sosial.

“Saya dan suami menganggap perbuatan mereka itu lucu.Kenapa mereka perlu bertelagah pendapat mengenai nama anak kami?

“Sebagai ibu bapa kandung, kami ada hak untuk menamakan anak kami dengan nama apa pun yang kami mahu,” katanya.

Syatilla berkata, mereka sepakat menamakan anak sulung mereka itu dengan nama Syerivsamheizy yang membawa maksud ‘Yang Mulia’.

“Sebenarnya, nama Syeriv itu sama dengan ejaan Syerif tetapi kami mengubah sedikit ejaannya dengan menukar huruf F kepada V supaya ada kelainan,” katanya.

Syatilla melahirkan Syerivsamheizy pada 9 Mei lalu dan kini berusia 45 hari.

Ditanya reaksi Sam mengenai perkara itu, Syatilla berkata, suaminya juga tidak tahu-menahu mengenainya.

“Kami memang jarang membaca komen netizen di laman sosial terutama yang beri komen negatif. Lebih baik saya fokus pada perkara lain yang lebih penting,” katanya.

The post Syatilla anggap gurauan peminat appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tKkZuY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.