Tak Sangka Inilah Luahan Terakhir Pegawai Polis Sebelum Ditemui Mati.
idak tahu di mana puncanya dan apa masalah yang dihadapi oleh seorang pegawai polis yang ditemui maut di sini, segalanya masih menjadi tanda tanya.
Tak Sangka Inilah Luahan Terakhir Pegawai Polis Sebelum Ditemui Mati.
Penemuan mayat seorang pegawai polis yang terdapat satu kesan tembakan di dahi atas kerusinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Kelantan Sedikit banyak telah meninggalkan tanda tanya.
ARTIKEL MENARIK:Dikecam Bergambar Bersama Nur Sajat, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan
Memetik laporan Harian Metro, seminggu sebelum kejadian berkenaan arwah dikatakan pernah memberitahu hasratnya kepada keluarga untuk berhenti kerja akibat tekanan tugas.
Menurut ibu mangsa, Noraida Jalalludin, 55, anak sulungnya, Ahmad Al-Syamir Sharif Folidin, 29, yang baru bertugas selama empat bulan di IPD Pasir Puteh telah memaklumkan perkara terbabit kepadanya.
Beliau memberitahu, dia dan Syamir telah bertemu kali terakhir pada 27 Mei lalu di mana mangsa telah pulang ke rumah selepas menghadiri kursus selama dua minggu di ibu kota dan sepanjang tempoh terbabit mangsa kelihatan murung.
“Apabila ditanya dia memaklumkan tertekan dengan tugas dan mahu berhenti kerja tetapi saya bersama suami menasihatkan supaya dia fikir terlebih dahulu sebelum melakukan tindakan.
“Selepas di kembali bertugas di IPD Pasir Puteh, saya ada berhubung dengan Syamir iaitu sebelum berbuka puasa, kira-kira jam 7 malam, semalam.
“Menerusi perbualan telefon itu, dia hanya maklumkan perkara sama sehingga membuatkan saya tidak lena tidur kerana memikirkannya dan saya cuba hubungi dia pada jam 11 malam serta 4 pagi tetapi gagal sebelum dimaklumkan oleh pihak polis mengenai kejadian,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa Sentosa Dusun Tua, Hulu Langat, semalam.
Menurut Noraida, dia dan suaminya, Sharif Folidin Jaafar beagimana pun redha dengan pemergian arwah dan berharap siasatan sepenuhnya berhubung kejadian dapat dilakukan polis.
“Dia tidak pernah memaklumkan mempunyai masalah lain serta musuh sepanjang bertugas IPD terbabit.
“Dia anak yang baik dan patuh kepada keluarga cuma terkilan dengan apa yang terjadi serta berharap siasatan terperinci dapat dilakukan pihak polis mengenai punca kematiannya.
“Kami difahamkan jenazah akan di bawa pulang di sini esok selepas selesai bedah siasat dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Batu 16, Hulu Langat,” katanya.
Semalam, kira-kira jam 9 pagi, mangsa yang merupakan seorang Inspektor yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) terbabit ditemui mati atas kerusi di pejabatnya oleh rakan setugasnya dengan kesan tembakan di dahi.-harianmetro
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5rVol
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment