Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adikku Laila - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adikku Laila

Adikku Laila

Nama aku Luqman. Masih belajar di sebuah ipta dan anak lelaki tunggal dalam sebuah keluarga. Aku ada 3 beradik semuanya. Kakak, aku, dan seorang adik perempuan. Mak ayah aku, selalu sibuk berkerja. Itu pengenalan ringkas tentang diri aku dan keluarga untuk dalam confession ni.

Adik,
Umur aku dan adik perempuan aku jaraknya 7 tahun. Maknanya kalau sekarang, aku umur 24 dan dia umur 17. Dari kecik memang aku tak selalu layan adik aku. Aku lebih kamcem dengan kaklong aku sebab umur kami jarak dekat. Adik aku lain pada yang lain dari kami, dia lahir lahir putih, mata coklat. Cantik? Ya baru sekarang abang perasan yang adik abang ni cantik. Aku tak tahu dia ikut siapa, tapi dalam ahli keluarga kami, dia berbeza. Masa dia kecik, aku selalu panggil dia anak angkat sampai buat dia nangis sebab percaya. Jahatnya aku haha. Oh lupa nak bagitahu, adik aku nama Laila. Laila periang, suka ketawa, buat lawak bodoh, boleh kata yang dia la happy pills dalam keluarga kami. Tapi macam mana pun, aku dan Laila tak pernah nak rapat. Sebabnya? Aku taktau. Hidup aku macam takleh anggap dia sebagai adik. Mungkin sebab jarak umur kut. Boleh katakan, aku tak pernah langsung berlembut dengan dia, aku tak pernah kisah langsung pasal dia, kawan kawan dia, apa dia buat, hari lahir dia dan macam macam lagi. Aku dengan life aku, dia dengan life dia. Kalau sembang pun sembang kosong. Tak ada sembang mesra mesra. Aku sorang je ke abang dalam dunia ni yang ada sifat tak kisah dekat adik macam ni?

Dulu, aku ni jenis cepat naik angin. Jiwa remaja belasan tahun la katakan. Sebab aku sorang je lelaki dalam keluarga, aku jadi manja. Nak apa semua mak ayah kasi. Sampai kalau ada yang melawan cakap aku pun aku boleh naik angin. Selalunya Laila la yang selalu lawan cakap dengan aku, tapi lawan cakap dia berunsurkan nasihat. Bukan untuk gaduh. Aku selalu naik tangan dekat dia kalau dia melawan cakap dan dia tak pernah melawan balik. Dia cuma diam, masuk bilik. Aku tau dia menangis. Cengeng lah kau ni dik! Tak terdetik pun rasa kesian time tu, minta maaf pun tak. Aku pernah ter-kurang ajar dengan mak aku sendiri. (my bad) Laila nampak dia marah aku sebab kurang ajar, aku tengking dia. Dia nangis, ayat dia yang aku takkan lupa ADIK SEDIH DAPAT ABANG MACAM NI. Tapi time tu aku kisah apa, yang aku layan kepala angin aku je. Laila pernah masuk bilik aku sebab nak ambil barang dia yang aku guna (tanpa tanya). Time tu aku tak ada dekat rumah, balik balik dapat tahu yang Laila masuk bilik aku, memang Laila kena maki tengking kaw kaw la. Aku pun tak tahu kenapa aku marah sangat. Laila selalu try hard untuk rapatkan diri dengan aku, aku boleh nampak. Tapi bila dia cuba dekat dengan aku, yang aku balas ialah sindiran, jelingan dan buat tak layan. Yang aku layan, makwe aku yang tengah aku otp, chat. Bodoh tak aku? Ada sekali tu, birthday aku. Sumpah, tak ada seorang pun ahli keluarga aku send chat atau call ucap hb ke apa ke. Aku pun sedih la kan. Malam tu, Laila hantar chat wish birthday aku, panjang kemain, siap ada emoji love bagai. Tahu aku buat apa? Aku kasi bluetick. Haha. Elok la dia wish, dari aku ni, seingat aku, aku rasa dari dia lahir aku tak pernah wish birthday dia. Kejam kan? Aku tak tahu apa Laila rasa bila ada abang macam aku ni.

Tapi sekarang apa yang aku rasa sebaliknya.

Ada satu malam, Laila mengadu dekat aku dia tak sedap badan. Dia kata dia rasa nak demam, sakit kepala la muntah muntah, lenguh. Aku pun taktau kenapa dia mengadu dekat aku. Aku cakap la, pergi bagitahu mak ke ayah, dia kata taknak gerak mak, mak dah tidur. Dia minta tolong aku belikan Panadol sebab alang alang time tu memang aku nak keluar lepak dengan member. Aku iyakan je lah. Pukul 2 pagi macam tu aku balik lepak, Laila tak tidur lagi, dia tanya beli tak Panadol dia, aku baru teringat, aku terlupa beli. Lepastu dia macam tarik muka, aku tengking dia, Kalau nak, pergi beli sendiri. Dah aku lupa nak buat macam mana. Lusa tu Laila kena admit ward. Suspek demam denggi berdarah. Aku mula rasa sedih, mula menyesal, mula teringin nak rapat dengan adik aku yang tak pernah aku rapat. Tapi aku terlambat. Lebih kurang 2 minggu selepas tu, Laila pergi.

Kaklong bagitahu, patut dia rasa lain macam. Sebulan sebelum Laila pergi, Laila pernah chat dia secara tiba-tiba. Dia tanya, Bila keluarga kita boleh masuk syurga sama sama? Aku sebak. Bila Laila tak ada, baru aku rasa kekosongan. Aku baru sedar, aku rasa macam hilang satu bayang yang selalu memenuhi segenap ruang di dalam rumah.

Tahun ni, tahun pertama keluarga berpuasa tanpa Laila. Kurang rasanya.
Laila tunggu abang tau? Laila tunggu mak, ayah, abang, kakak dekat sana tau. Kata nak masuk syurga sama sama kan? Hehe.

Pesan aku, sayanglah adik beradik korang walau annoying macam mana pun. Kalau nak tunjuk kasih sayang dekat makwe? Kawan? Tunjuk kasih saying dekat ahli keluarga dulu. Dekat adik beradik dulu. Jangan jadi macam aku.

Aku di sini hanya hendak meluah. Maaf.

Luke

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCnnT2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.