Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan tegas individu miliki, berniaga mercun - Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan tegas individu miliki, berniaga mercun - Polis

IPOH: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api tanpa kebenaran pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata menjelang musim perayaan Aidilfitri, pihaknya melarang mana-mana individu memiliki, menyimpan, menggunakan atau berniaga mercun dan bunga api kecuali yang dibenarkan sahaja.

"Antara mercun dan bunga api dibenarkan adalah jenis 'pop-pop' dan 'happy boom' mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasnan berkata individu yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Perkara 74 hingga 78 Peraturan-peraturan Bahan Letupan 1923.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rWsXDF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.