Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wak Doyok dilabel riak dan takbur gara-gara tunjuk butang baju melayu RM33,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wak Doyok dilabel riak dan takbur gara-gara tunjuk butang baju melayu RM33,000

Tunjuk Butang Baju Melayu RM33,000, Wak Doyok Dilabel Riak Dan Takbur

Tidak lengkap penampilan pagi 1 Syawal tanpa busana tradisi baju Melayu lengkap bersamping. Penghias gaya pastilah butang baju Melayu.Pelbagai rekaan dan warna dihasilkan saban tahun malah julat harga yang ditawarkan pengeluar butang baju Melayu juga berbeza-beza.

Namun, anda pasti terkejut apabila mendapat tahu Wak Doyok sanggup berhabis RM33,000 demi butang baju Melayu!

Menerusi sebuah entry di Twitter miliknya @Wak_Doyok pada 19 Jun lalu, pengacara itu pada mulanya berkongsi sekeping gambar katalog butang baju Melayu ribuan ringgit yang menjadi pilihannya.

Malah, Wak Doyok turut memuat naik sekeping gambar dia memakai butang baju Melayu bernilai RM33,000 apabila peminat bertanyakan harga yang bernilai sama dengan sebiji kereta.

Wak Doyok juga menjelaskan harga samping yang dipakainya.

“Harga dari RM10,000 hingga RM40,000 pun ada. Tenun Terengganu,” katanya.

Perkongsian fakta itu mengejutkan netizen dan mencetuskan perdebatan akan keperluan butang baju Melayu sedemikian nilainya.

“Nampak riak dan takburnya awak,” tulis @syahdude.

“Wak Doyok ni meniaga apalah kaya sangat? Butang baju Melayu saja dah RM30,000, zakat harta tak tahulah berapa keluar tu,” soal @TheLarats.


“Butang baju Melayu Wak Doyok kalau bagi aku gadai memang langsai hutang PTPTN sekali gus. Allahu,” tulis @Anne_Schahieyra.

Walau berapa nilai butang baju Melayu sekali pun, berbelanjalah mengikut keperluan bukannya nafsu.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: Astro Gempak

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rXX1KA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.