247 Anggota Polis, Sertai Ikrar Bebas Rasuah
LABUAN, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 247 anggota polis Labuan termasuk yang berpangkat tinggi menyertai ikrar bebas rasuah (IBR) sebagai usaha membebaskan mereka daripada gejala rasuah.
Majlis ikrar yang diinisiatifkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut melibatkan 46 kakitangan awam pelbagai agensi, menjadikan keseluruhan yang terlibat seramai 293 orang.
Majlis ikrar yang diketuai Ketua Polis Labuan ACP Adzhar Othman itu adalah juga sebagai usaha menyatukan anggota polis Labuan dalam memerangi rasuah.
"Kami sebagai anggota polis mendukung apa yang sering diingatkan oleh ketua polis negara dalam membebaskan setiap anggota daripada gejala rasuah sesungguhnya inisiatif ini yang berlangsung serentak seluruh negara dua hari lalu adalah baik," katanya kepada Bernama hari ini.
Adzhar berkata beberapa langkah telah diatur oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk memastikan rasuah dapat dikawal dalam kalangan anggota PDRM.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin lalu berkata, pihaknya menyasarkan sifar rasuah dalam kalangan anggota PDRM dan pelbagai usaha akan dibuat bagi mencapai objektif berkenaan.
Beliau mengakui wujud amalan rasuah dalam kalangan anggotanya, namun usaha mencegah perbuatan itu mesti bermula daripada keikhlasan diri anggota untuk menolak rasuah. -- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIzvqL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment