5 Misteri Peradaban Mesir Kuno Yang Ternyata Mempunyai Teknologi Canggih
Salah satu negara yang popular mempunyai masa lampau yang dipenuhi keajaiban dan mitos adalah Mesir. Pelbagai perkara walaupun sehingga sekarang masih kelihatan sangat menakjubkan, dan kajian demi kajian dilakukan untuk membongkar ilmu yang boleh didapati di sana.
Walaupun dipenuhi banyak sekali keajaiban dan misteri disebalik kewujudan peradaban Mesir kuno, tidak boleh dinafikan, ternyata terbongkar bahawa sebenarnya Mesir purba adalah zaman yang sangat canggih. Para ahli arkeologi telah menjumpai pelbagai perkara yang ditinggalkan ternyata 'menceritakan' sesuatu.
1. Ubat-ubatan
Di era moden ini, bahan organik adalah bahan terbaik yang boleh dimakan manusia. Perkara tersebut bermula dari produk kecantikan sehinggaah ubat-ubatan. Namun perkara yang kita lakukan di saat ini, telah dilakukan Mesir kuno di zamannya. Menurut ahli falsafah Yunani kuno, Homer, Mesir adalah tanah yang sangat kaya dengan ubat.
Di era Mesir kuno, ubat-ubatan adalah sesuatu yang sangat maju. Homer juga pernah menyebut bahawa kemajuan Mesir dalam hal ubat-ubatan jauh mengatasi tempat lain. Hal ini kerana penggunaan minyak, kurma, bawang besar, bawang putih, kemenyan, serta candu oleh
warga Mesir kuno. Masih banyak jenis mineral lain yang digunakan seperti garam plumbum, antimoni, dan tembaga untuk ubat.Ulasan lain juga turut menyatakan haiwan juga digunakan untuk ubat-ubatan, seperti daging, darah dan otak binatang. Kesemua bahan ini rata-rata perlu mengalami pemprosesan melalui penggunaan susu atau alkohol.
Contohnya, jangkitan boleh dirawat dengan roti berkulat. Penyakit paru-paru dirawat dengan krim madu dicampur dengan jintan putih, susu dan juga belalang. Selain itu, salah satu kaedahnya adalah membuat penyedutan, berupa wap mendidih dari cecair kurma, damar, kemenyan, resin dan bir. Wap ini sangat berkesan untuk laksatif.
2. Kawalan Kelahiran
Orang Mesir kuno ternyata adalah ahli dalam pelbagai jenis perancang keluarga. Tentu ini cukup mengejutkan bahawa di zaman itu mereka juga telah menggunakan perancang keluarga.
Mereka sendiri sudah menggunakan kondom pada tahun 1350 sebelum Masihi. Kondomnya berupa bahan kain yang direndam dalam minyak zaitun. Kondom lain diperbuat daripada membran usus haiwan, contohnya keledai.
Malah, penggunaan kondom bukan cuma untuk perancang keluarga, di zaman Mesir kuno, namun juga sudah digunakan untuk pencegahan penyakit
seksual yang boleh menular.Pil mencegah kehamilan juga sudah ada di zaman tersebut, berupa butir delima yang dihancurkan sehingga halus dan dimasukkan sebuah kon yang diperbuat daripada lilin. Selain itu, madu, kurma, dan beberapa bahagian dari buaya atau gajah, juga merupakan ramuan berkesan yang sama dengan spermisida ketika ini.
3. Matematik
Tentu tidak ramai yang menyukai matematik ini ketika ini, kerana ramai juga yang lebih berminat dalam ladang sosial. Walaupun demikian, orang Mesir kuno hampir semuanya tertarik kepada matematik.
Buktinya ada di kuil Abu Simbel. Di tempat ini, dua kali setahun, wajah Firaun Ramses II dan dewa-dewa Amun serta Ra, disinari oleh cahaya matahari. Uniknya adalah, dua hari setahun, wajah Firaun yang disinari pada tempat ini, iaitu, 21 Februari, hari jadi raja, dan 22 Oktober, tarikh penabalannya. Tentu hal ini dilakukan dengan perhitungan yang luar biasa.
4. Sistem kalendar
Walaupun belum melakukan peneropongan secara astronomi dan hanya berasaskan buruj, mereka telah mengukur masa seperti yang kita lakukan hari ini: berupa tahun, bulan, hari, serta jam.
Kalendar tersebut cukup mirip dengan kalendar hari ini, di mana terbahagi kepada 12 bulan yang terdiri dari 30 hari. Tidak ada konsep minggu, namun ada konsep dekad yang terbahagi menjadi 10 hari. Bulan-bulan dikumpulkan dalam tiga musim: akhet atau musim banjir, shemu atau musim menuai serta peret atau musim menanam.
5. AC (penghawa dingin) semulajadi ?
Terdapat juga perkara aneh yang terjadi di Piramid besar di Giza, yang selalu mempunyai suhu malar 20 darjah Celsius di dalamnya. Tentu terdapat sebuah mekanisme penyejukan yang diaplikasikan ketika pembinaaan. Lebih-lebih lagi, suhu di luar sangat panas boleh melebihi 30 darjah.
Sains belum menemukan jawapan akan hal ini. Namun dipercayai, suhu dalaman adalah tetap dan bersamaan dengan suhu purata bumi, 20 Darjah Celsius (68 Darjah Fahrenheit).
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upkIkE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment