Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Sah Solat Seseorang Yang Memakai Seluar Ketat Ketika Solat? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Sah Solat Seseorang Yang Memakai Seluar Ketat Ketika Solat?

Solat adalah waktu yang paling baik bagi seorang hamba berhubung terus kepada Allah melalui berdoa, bermunajat, dan meminta keampunan.

Kerana itu perlu sentiasa menjaga penampilan yang baik, memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat. Bagaimana kita mahu menghadap kepada Allah, jika tubuh badan kita tidak ditutup sepenuhnya, terutamanya kaum perempuan.

Bagi yang memakai pakaian yang sudah menutup tubuhnya, namun pakaian tersebut adalah ketat, apakah hukumnya? Adakah sah solat seseorang hamba tersebut? Disiarkan Laicikang.com seperti dari dipetik dari sebuah rakaman ceramah Ustaz Azhar Idrus, berikut adalah jawapannya.

Perempuan dan lelaki jika mengenakan seluar ketat ketika solat, hukum solat mereka adalah sah. Cuma, hukum pemakaian seluar ketat ini jadi berbeza apabila di luar solat, seperti bersiar-siar, bersenam dan sebagainya.

"Bagi perempuan yang memakai seluar ketat sehingga boleh dilihat bentuk tubuhnya, hukumnya adalah haram, tetapi dalam solat hukumnya makruh."

Syarat menutup aurat di luar solat adalah tidak menampakkan warna kulit, bagi lelaki dan perempuan. Bagi perempuan sahaja, haram menampakkan bentuk tubuh. Jadi, jika perempuan memakai seluar ketat sehingga bentuk tubuhnya boleh dilihat hukumnya haram.

Namun, dalam solat, perempuan hanya wajib menutup aurat dari kelihatan sahaja, tidak wajib pakai longgar. Jadi, jika perempuan mahu memakai pakaian ketat ketika solat masih dibolehkan walaupun hukumnya adalah makruh, namun jika ada lelaki bukan mahram melihat barulah jatuh hukum haram.

"Walaupun perempuan pakai jeans tetapi ia longgar, tiada masalah. Tapi jika perempuan mengenakan pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, haram walaupun ia jubah dari Timur Tengah."

Di luar solat pula, hukum lelaki memakai seluar ketat adalah makruh, melainkan nampak bentuk kemaluan, baru hukumnya adalah haram.

Jadi, sudah terjawab satu persoalan yang timbul tentang salah faham dalam solat. Rasanya ramai sebenarnya yang salah faham, yang fikir bahawa solat dengan memakai pakaian ketat adalah tidak sah.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uXxunx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.