Adakah Ini Yang Diharap Untuk Memimpin Sebuah Negara Seperti Malaysia?
Semalam, gabungan DAP, PKR, PPBM dan PAN akhirnya mencapai kata sepakat untuk menubuhkan satu gabungan yang diberinama Harapan. Menariknya, gabungan ini diketuai oleh 3 orang pemimpin iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datin Seri Wan Azizah pula dilantik sebagai Presiden gabungan berkenaan.
Melihat kepada tiga nama ini, timbul persoalan, bagaimana 3 orang nakhoda mahu mengepalai sebuah kapal? Mereka baru bergabung 4 buah parti namun atas alasan kononnya mahu berlaku adil, mereka melantik 3 orang di mana 2 orang daripadanya adalah dari PKR mengetuai sebuah parti gabungan.
Adakah ini yang terbaik mampu disajikan kepada rakyat dengan mengitar semula pemimpin yang telah terbukti mempunyai terlalu banyak skandal yang sehingga hari ini gagal dijawab?
Mari kita lihat perbandingan antara Harapan dengan Barisan Nasional yang selama ini mereka dakwa sebagai sebuah gabungan yang gagal. Di dalam Barisan Nasional, terdapat 14 buah parti yang bergabung dengan parti induknya adalah UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Menariknya, kesemua 14 buah parti ini mempunyai Presiden atau ketua mereka masing-masing dan kesemua ketua ini akur kepada seorang Pengerusi Barisan Nasional iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib. Tidak pula wujud istilah Ketua Umum ataupun Presiden untuk memuaskan hati 13 orang ketua yang membentuk Barisan Nasional.
Malah, parti-parti yang bukan berteraskan bumiputera seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain lagi turut di berikan peranan besar di dalam Barisan Nasional. Semua ketetapan dibuat hasil persetujuan bersama, bukannya melalui seorang Ketua Umum, Pengerusi mahupun Presiden.
Jika pemilihan ketua sendiri pun bercelaru, bayangkan, bagaimana mereka mahu mengetuai sebuah negara seperti Malaysia pada masa akan datang. Setidak-tidaknya, Barisan Nasional telah membuktikan formula yang diguna pakai sejak pembentukan Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC, masih kekal relevan sehingga hari ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tSnMCH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment