Ahli Parlimen Stampin Diarah Keluar Dewan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping (DAP) hari ini diarahkan keluar dari sidang Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Keputusan itu dibuat Ronald selepas Kok Ping beberapa kali bangun dan cuba menganggu sesi pertanyaan lisan apabila tidak berpuas hati dengan jawapan berkaitan isu wabak rabies oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam.
Ronald pada awalnya bersabar dan menjelaskan bahawa sesi pertanyaan Subramanian telah tamat dan beralih kepada soalan untuk Kementerian Sumber Manusia.
Namun, Kok Ping tetap berdegil dan bangun ketika Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem sedang menjawab soalan berkaitan kementeriannya.
Berikutan itu, Ronald meminta Kok Ping keluar dari Dewan-Utusan Online
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEkzap
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment