Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa pandangan tersirat Dr M kepada DAP? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa pandangan tersirat Dr M kepada DAP?

Posted on Sunday, July 23 @ 19:58:20 MYT by paktam
Oleh Timmy Say

Setelah dilantik menjadi Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad kian hari mula menunjukkan gaya kepimpinannya terdahulu ketika beliau menjawat perdana menteri.

Semalam beliau mendedahkan realiti yang sedang dihadapi PH terutamanya DAP dan kedudukan sebenar DAP di hati beliau.

“Ada 2 parti lain (dalam PH) yang berbilang kaum. DAP boleh bertanding di bawah 2 parti itu (kalau pendaftaran mereka dibatalkan).

“Saya yakin PKR dan Amanah akan terima mereka tetapi kita tidak boleh kerana kita parti Melayu,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata dengan andaian bahawa jika pendaftaran DAP dibatalkan dan usaha mendaftarkan PH gagal sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau turut memberikan maksud tersirat bahawa jika DAP diberikan laluan untuk bertanding di bawah PPBM, persepsi terhadap PPBM sebagai parti Melayu akan terjejas.

Walaupun Dr Mahathir berkata demikian dengan alasan bahawa orang Melayu masih bersifat komunal dan oleh itu parti berbilang kaum seperti DAP akan ditolak oleh orang Melayu, tetapi ramai yang memahami pandangan tersirat Dr Mahathir terhadap DAP iaitu “DAP ditolak oleh orang Melayu.”

Mengesan betapa ‘damaging’ kenyataan Dr Mahathir ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang yang namanya tidak terpilih dalam senarai kepimpinan PH tampil dengan kenyataan balas mendahului suara pengerusi dan ketua umum PH.

Kit Siang cuba mengolah pandangan Dr Mahathir daripada sudut kaum kepada sudut kawasan pendalaman dan bandar.

“Saya fikir kebangkitan di kawasan pedalaman yang rata-ratanya orang Melayu, bukan sahaja di kawasan bandar, penting untuk rakyat Malaysia. Ini bukan soal kaum. Ini soal kawasan bandar dan desa,” balas Kit Siang.

Bayangkan apakah yang akan dituduh Kit Siang terhadap Dr Mahathir kalau bekas perdana menteri itu tidak bersama mereka dalam PH hari ini, sekiranya sejarah episod serangan DAP terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu ‘I am Malay first’ diambil sebagai ukuran?

Begitulah hebatnya politik Dr Mahathir.

Bersama DAP, beliau kini disambut sebagai wira di majlis-majlis DAP dan imej beliau telah berubah daripada seseorang yang digelar ‘rasis’ ketikanya bersama Perkasa dan Umno kepada tokoh yang bakal menyelamatkan negara walaupun kini beliau berusia 92 tahun.

Sebaliknya, DAP, meskipun bersama Dr Mahathir, masih tetap dilihat sebagai parti yang akan menjauhkan undi orang Melayu kepada PPBM.

Setelah berusaha menyamai taraf PPBM dalam PH setaraf dengan taraf Umno dalam BN, apakah Dr Mahathir akan memulakan langkah seterusnya untuk menyamakan taraf DAP dalam PH kepada taraf MCA dalam BN dengan alasan untuk menghilangkan takut orang Melayu terhadap PH?

Apapun, politik kawal-mengawal dan pertembungan pengaruh antara Dr Mahathir yang berjawatan sebagai pengerusi PH dan Kit Siang yang tidak berjawatan dalam PH akan terus berlarutan sehingga PRU14 sementara pengerusi dan ketua umum PH sekadar memerhatikan dinamik pertembungan ini dari tepi.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tBDFRb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.