Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Sampai Seminggu Dibuka, MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Sampai Seminggu Dibuka, MRT Sudah Jadi Mangsa Vandalisme


Beberapa hari lepas, Malaysia mencatat sejarahnya tersendiri apabila berjaya melancarkan Mass Rapid Transit (MRT) dan sebagai rakyat negara ini, ia merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kemudahan itu boleh diklasifikasikan sebagai kemudahan dunia kelas pertama.

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak reti untuk menjaga kemudahan baru itu.

Tidak sampai seminggu MRT dilancarkan, kemudahan tersebut sudah menjadi mangsa vandalisme.

Perkara itu didedahkan oleh pengguna Facebook Najmuddin Abdullah yang juga Pengarah Strategik Komunikasi dan Pihak Berkepentingan MRT Corp dengan berkata beliau sangat kecewa apabila kemudahan itu menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.


Menurut Najmuddin, dia melihat banyak kesan calar di dinding dan juga tempat duduk MRT, selain tandas juga turut mengalami kerosakan.

Malah, dia turut melihat batang penyapu dan lampu 'spotlight' di atas bumbung berdekatan pintu keluar Bukit Bintang.

"Kita memberikan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia untuk menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan kehabisan banyak wang dan masa untuk melakukan kerja penyelenggaraan." tulis Najmuddin.

Dalam pada itu, Astro Awani juga turut mendedahkan beberapa foto yang memaparkan kemudahan MRT menjadi mangsa.

"Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme." tulis portal terbabit di Twitter.





Sumber: Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2trgPHP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.