Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

PELAJAR lelaki menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas doktor mengesahkan otot pehanya koyak dan ada tisu rosak selepas didenda gurunya di sebuah sekolah menengah agama di Kuching, Selasa lalu.

 

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

 

 

Mangsa, Muhammad Nur Haikal Shamsudin, 16, mendakwa didenda gurunya kerana dikatakan tidak menghantar tugasan subjek pendidikan sivik seperti diminta.

Bapa mangsa, Shamsudin Seri, 42, berkata, anaknya memaklumkan guru wanita sekolah berkenaan meminta anaknya bersama beberapa pelajar lain melakukan ketuk ketampi, lompatan ‘squat’, tekan tubi dan ‘sit up’ sebagai denda.

Shamsudin mendakwa, anaknya memberitahu dia dan pelajar lain perlu membuat ketuk ketampi sebanyak 200 kali, lompatan ‘squat’ (200 kali), tekan tubi (300 kali) dan ‘sit up’ (300 kali) dalam tempoh satu jam bermula 11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari.

 

Menurutnya, kejadian itu tidak diceritakan kepadanya dan isteri namun pada Khamis lalu, anaknya tiba-tiba mengadu sakit pada peha selain tidak dapat berjalan.

“Anak saya tidak mahu menceritakan apa yang menimpanya namun selepas dipujuk, dia akhirnya memaklumkan didenda guru kerana tidak menghantar tugasan.

“Melihat keadaannya yang semakin tidak bermaya, saya dan isteri membawanya ke HUS dan pemeriksaan doktor mengesahkan otot pehanya koyak selain ada tisu yang rosak,” katanya.

Dia berkata, laporan polis dibuat isterinya di Balai Polis Gita, Jumaat lalu, untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.

Katanya, banyak cara untuk mendidik namun memilih mendenda murid sehingga mendatangkan kecederaan serius sepatutnya tidak berlaku dan seorang guru itu perlu berfikir lebih matang dan tidak bertindak mengikut emosi.

“Saya serahkan kes ini untuk tindakan selanjutnya daripada polis dan berharap penyelesaian dapat diperoleh secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan namun berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian dan guru wanita terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan tindakan itu.

“Ini bukan kes dera tetapi kes mendidik melampau yang dilakukan guru sekolah berkenaan. Keluarga pelajar terbabit sudah membuat laporan polis dan Jabatan Pendidikan Sarawak masih menunggu laporan penuh kejadian itu,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Guru wanita denda suruh ketuk ketampi, lompatan squat, tekan tubi dan sit up, doktor sahkan otot peha murid koyak, tisu rosak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vN0o9x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.