Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Tuhan Uji Saya Kerana Dia Rindukan Saya" - Ammar Titan Muhasabah Diri Selepas Digantung Tugas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Tuhan Uji Saya Kerana Dia Rindukan Saya" - Ammar Titan Muhasabah Diri Selepas Digantung Tugas


Pengacara dan penyampai radio, Ammar Titan akui lebih positif menghadapi ujian Tuhan selepas tiga bulan digantung tugas gara-gara isu menghina bapa Watson Nyambek.

Ammar Titan atau nama sebenarnya Azizul Ammar Abu Hassan, 30, berkata meskipun sukar menghadapi dugaan yang diberikan, namun dia tetap cuba meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Selepas apa yang berlaku saya cuba muhasah diri untuk bertenang dan berfikiran positif.

"Lagipun saya ada rakan-rakan yang ramai memberikan sokongan moral tanpa henti.

"Saya percaya Tuhan tu bagi ujian kepada saya kerana Dia tahu saya mampu menggalasnya. Dia Maha Mengetahui.

"Mungkin juga Tuhan bagi ujian ini kepada saya kerana Dia rindukan saya, supaya saya lebih mengingatinya.

"Saya anggap ujian ini sebagai balasan atas dosa-dosa saya yang lampau sahaja," katanya kepada Astro Gempak.

Bercerita mengenai aktiviti hariannya, Ammar memberitahu dia kini masih mahu berehat dan menolak sebarang tawaran kerja buat sementara waktu sehingga kesnya selesai.

"Sekarang adalah masa untuk bertenang atau cooling period untuk saya.

"Saya ada menerima tawaran kerja tetapi saya buat keputusan untuk menolaknya dan tidak mahu ambil apa-apa kerana ia masa yang tidak sesuai untuk saya kembali di kaca TV.

"Jadi sekarang saya banyak uruskan isteri saya yang sedang hamil 4 bulan di rumah.

"Selain itu saya dalam proses untuk mengusahakan sebuah kafe kucing milik saya sendiri yang akan dibuka dalam penghujung tahun ini," katanya lagi.

Primeworks Studios Sdn Bhd menggantung khidmat Ammar dan enam kru penerbitan tanpa tempoh dinyatakan susulan isu mempersendakan nama ayah bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek menerusi program Sukan Tak Sentral pada 23 April lalu.

Sumber: Astro Gempak


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tARU8P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.