Dua beradik kayuh basikal hampir 5 jam nak lawat bapa di penjara, namun hampa bila sampai dah bukan waktu melawat
Pada Ahad lalu, dua adik beradik dari kawasan pendalaman Si Saket mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya waktu melawat.
Bagaimanapun, kisah kegigihan dua beradik itu yang mengayuh basukal sejauh 50 kilometer semata-mata untuk melawat bapa mereka menyentuh hati netizen apabila dikongsi di media sosial oleh seorang pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan di penjara daerah Kantharalak, Api Manthong, merekodkan perbualan beliau dengan dua budak lelaki yang dipercayai berumur bawah 10 tahun itu.
“Mereka meninggalkan rumah pada jam 7:30 pagi dan tiba di penjara pada jam 12:10 tengahhari. Malang menimpa apabila telefon yang mereka bawa jatuh dan pecah ketika dalam perjalanan. Saya merasa kasihan kepada mereka kerana hari ini bukan hari melawat.
Apabila ditanya kenapa mereka tidak ditemani ibu, budak-budak itu menjawab: “Mak di Bangkok,” dan mereka berdua tinggal bersama nenek.
Kedua-dua budak itu juga mengaku mereka mempunyai abang tetapi abang mereka mempunyai masalah mental.
Apichai tidak boleh membenarkan budak-budak itu masuk, jadi dia membawa mereka masuk ke pejabat. Disitu, budak-budak itu diberitahu tarikh bila bapa mereka akan dibebaskan.
“Mereka sangat gembira apabila tahu tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Kerana mempunyai masa lapang pada hari minggu, mereka mahu melawat bapa di penjara. Saya hampir menangis,” kata Apichai.
Menceritakan lanjut, Apichai berkata dia mempunyai wang THB200 di poketnya, jadi dia memberikan budak-budak itu wang THB100 untuk makan tengahhari dan air botol percuma dari penjara.
Ramai netizen memuji Apichai kerana membantu budak-budak itu. Yang lain berkata kisah tersebut membuat mereka menangis.
“Tidak kira berapa jauh jaraknya, kasih sayang mereka kepada si bapa buatkan jarak itu jadi dekat. Saya berharap sangat kamu berdua nanti jadi manusia yang berguna untuk masyarakat,” tulis seorang netizen.
Sumber: Coconuts
Via: SK
Sumber Dua beradik kayuh basikal hampir 5 jam nak lawat bapa di penjara, namun hampa bila sampai dah bukan waktu melawat
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vN0CNM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment