Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib hanya teruskan projek era saya, Dr Mahathir ulas projek MRT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib hanya teruskan projek era saya, Dr Mahathir ulas projek MRT

 | July 23, 2017
Dr Mahathir berkata, jika beliau tidak memulakannya, Najib tidak akan tahu apa yang perlu dilakukan.
mahathir-4
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak wajar mengambil kredit dengan perkhidmatan MRT jika beliau tidak memulakan projek mirip itu lebih 2 dekad yang lalu.

“Beliau hanya meneruskan apa yang saya mulakan.
“Jika saya tidak memulakannya, beliau tidak akan tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Dr Mahathir kepada wartawan ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di sini hari ini.
Najib telah dipuji kerana melengkapkan perkhidmatan MRT dengan pelancaran laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang beroperasi sejak minggu lepas.

Dengan pelancarannya itu, Najib dilaporkan berkata beliau telah diberitahu yang sistem MRT Malaysia lebih baik daripada yang ada di London, New York dan Hong Kong, dan setanding dengan Singapura.

Najib menambah, sistem MRT Malaysia adalah “bertaraf dunia”.
Najib juga memperluaskan laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang, yang dibina ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri. Semasa kepimpinanya Dr Mahathir memperkenalkan laluan kereta api berkembar dan perkhidmatan ERL ke KLIA.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak awal hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau sendiri telah belajar “banyak” dari tindakannya yang lalu.
“Sekurang-kurangnya pada zaman saya, kita tidak ada pemimpin yang mencuri wang. Itu yang saya pelajari dari masa lalu.
“Jangan mencuri duit kerajaan dan jangan gunakan suapan untuk mendapatkan sokongan,” kata beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2umyeUN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.