Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gurauan kain kafan jadi kenyataan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gurauan kain kafan jadi kenyataan

Gurauan kain kafan jadi kenyataan|Seorang remaja lelaki sempat bergurau dengan rakan mengenai kain kafan sebelum maut  dihempap tembok pagar rumahnya yang runtuh, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Haikal Hanafi Ayob, 17, tinggal di Jalan Melor 2, Taman Guru di sini dikatakan cuba memanjat tembok tersebut selepas tiada kunci untuk masuk ke rumahnya.

Ketika kejadian mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar dikatakan baru pulang dari kelas tambahan kira-kira jam 10 pagi semalam.

Kejadian disedari bapanya kira-kira jam 11.25 malam yang menjumpai mangsa di bawah runtuhan tembok tersebut.

Menurut bapanya, Ayob Ab Karim, 55 berkata, dia menyedari kehilangan anak bongsu dari enam beradik itu selepas pulang beraya kira-kira jam 6 petang.

Katanya, kebiasannya arwah akan ikut dia dan isterinya keluar, namun pada hari kejadian dia tidak dapat ikut sama kerana perlu menghadiri kelas tambahan di sekolah.

“Saya tercari-cari juga dia ketika sampai rumah petang tu. Terfikir kenapa dia tak balik-balik rumah lagi. Namun masa tu saya bersangka baik dan berfikir mungkin dia ke rumah rakannya.

“Bila tunggu dia tak balik-balik, saya hubungi rakannya. Namun rakannya maklumkan dia telah hantar Haikal 10 pagi dihadapan pintu pagar rumah.

 

“Ketika hendak keluar mencarinya, saya mula rasa tidak sedap hati apabila terpandang tembok pagar sebelah rumah yang ‘hilang’. Sebaik melihat lebih dekat saya dapati anak sudah berada dibawa runtuhan batu pagar tersebut,” katanya ketika ditemui media pagi tadi.

Katanya, ekoran kejadian itu dia menghubungi ambulans dan memaklumkan kepada polis sebelum pihak hospital mengesahkan punca kematian anaknya akibat urat tengkuk ke dua putus.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah Allahyarham yang dibawa ke kediamannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam.

Sementara itu salah seorang rakan yang menghantar mangsa kerumah sebelum kejadian berkata bahwa arwah sempat bergurau mengenai kain kafan.

 

The post Gurauan kain kafan jadi kenyataan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uNN3jI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.