Bangsa Melayu berasal dari Orang Asli, hasil kajian penyelidik dan pakar pelbagai bidang
Kuala Lumpur: Sekumpulan penyelidik dan pakar pelbagai bidang mendapati bangsa Melayu memang asal usulnya hasil evolusi Orang Asli, sekali gus menolak teori migrasi dari Yunnan atau wilayah selatan China yang lebih popular dan diterima umum selama ini.
Dapatan itu dimuatkan dalam buku bertajuk Asal Usul Melayu Induknya di Benua Sunda dihasilkan tiga penyelidik membabitkan Zaharah Sulaiman, Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dan Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, dilancarkan di ibu negara, baru-baru ini.
Zaharah dalam kesimpulan ringkas dibuatnya merumuskan, manusia kuno pertama yang mendarat di Segenting Kra adalah Semang dan Senoi.
Menurutnya, hasil evolusi Orang Asli ini iaitu kumpulan Haplo (kumpulan moyang) terbahagi pula kepada beberapa yang lain seperti Jahai, Lanoh, Temiar dan Mendrik, seterusnya kepada keluarga lebih besar seperti Jakun, Kanaq, Seletar, Orang Laut dan suku lain, sering disebut sebagai Proto Melayu oleh pakar genetik barat.
Sumber: Metro
Sumber Bangsa Melayu berasal dari Orang Asli, hasil kajian penyelidik dan pakar pelbagai bidang
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAZxw0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment