Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa Yang Patut Dilakukan Apabila Kanak-Kanak Suka Berbohong, Menipu dan Mencuri? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa Yang Patut Dilakukan Apabila Kanak-Kanak Suka Berbohong, Menipu dan Mencuri?


Setiap ibu bapa yang berkahwin pasti mahu mempunyai cahaya mata. Cahaya mata adalah pelengkap setiap perkahwinan. Dapat melihat sendiri bagaimana seorang bayi membesar merupakan pengalaman yang cukup bernilai untuk setiap individu.

Walaupun begitu, kanak-kanak akan melalui satu fasa di mana mereka akan mula belajar untuk berbohong dan mencuri. Faktanya, semua kanak-kanak akan berbohong sementara ada segelintir yang akan bertindak kurang jujur dan mencuri.

Apa yang berlaku ketika itu sebenarnya adalah setiap kanak-kanak sedang belajar sempadan tentang apa yang boleh dan apa yang tidak. Mereka belum kenal apa itu sempadan jadi satu-satunya cara mereka akan berkelakuan, adalah dengan melanggar sempadan-sempadan tersebut.

Apa yang penting, golongan dewasa perlu sedar apakah kelakuan yang normal yang akan ditunjukkan dan apa teknik terbaik menanganinya.

Gemar Menipu

Memang semenjak dari kecil lagi sebenarnya kanak-kanak atau bayi menipu, cuma kita tak kata dia menipu. Contohnya apabila ada benda tumpah, pasti si abang akan menyalahkan adik atau si adik menuding jari pada abang.

Menipu adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari supaya kanak-kanak faham realiti. Dengan menipu mereka sedar mereka mempunyai fikiran, pengetahuan dan kepercayaan yang bergantung dengan diri sendiri.

Apa yang disarankan adalah dengan membuang satu tabiat yang ibu bapa gemar buat; white lies atau 'bohong sunat' kata orang Melayu. Apabila ada insiden yang memaksa ibu bapa itu berbohong, anak-anak akan ingat apa yang berlaku.

Ajar anak tentang kepentingan bercakap benar. Ajar mereka tentang punca dan akibat. Jika mereka melakukan kesilapan seperti merosakkan sesuatu dan menipu bukan dia yang buat, terbalikkan isu tersebut. Terangkan pada anak anda apa dia rasa jika barang dia yang dirosakkan.

Hentikan tabiat menipu seperti "ajak pergi shopping tapi sebenarnya ada niat lain" yang kerap diamalkan ibu bapa untuk mengawal unsur suka menipu anak anda.

Memang semenjak dari kecil lagi sebenarnya kanak-kanak atau bayi menipu, cuma kita tak kata dia menipu. Contohnya apabila ada benda tumpah, pasti si abang akan menyalahkan adik atau si adik menuding jari pada abang.

Menipu adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari supaya kanak-kanak faham realiti. Dengan menipu mereka sedar mereka mempunyai fikiran, pengetahuan dan kepercayaan yang bergantung dengan diri sendiri.

Apa yang disarankan adalah dengan membuang satu tabiat yang ibu bapa gemar buat; white lies atau 'bohong sunat' kata orang Melayu. Apabila ada insiden yang memaksa ibu bapa itu berbohong, anak-anak akan ingat apa yang berlaku.

Ajar anak tentang kepentingan bercakap benar. Ajar mereka tentang punca dan akibat. Jika mereka melakukan kesilapan seperti merosakkan sesuatu dan menipu bukan dia yang buat, terbalikkan isu tersebut. Terangkan pada anak anda apa dia rasa jika barang dia yang dirosakkan.

Hentikan tabiat menipu seperti "ajak pergi shopping tapi sebenarnya ada niat lain" yang kerap diamalkan ibu bapa untuk mengawal unsur suka menipu anak anda.

Kurang Jujur

Apabila bertanding, pasti ada kanak-kanak yang akan mengambil jalan mudah untuk menang dan meraikan kemenangan itu. Itu juga salah satu perkembangan mental kanak-kanak. Bagi setiap kanak-kanak, memenangi sesuatu yang dia rasa dia berkemahiran adalah sangat penting.

Sebagai contoh jika anda sedang bermain dam dengan anak dan anak anda menggerakkan biji dam kepunyaan dia supaya dia dapat faedah lebih. Jelaskan pada mereka yang bertanding itu bagus tetapi menang dengan kaedah yang salah itu tidak menyeronokkan.

Selalunya, jika seseorang kanak-kanak itu sudah dilatih dengan baik, pada umur sekitar 8 tahun dia sudah mampu mengerti buruk baik berlaku kurang jujur dan memenangi sesuatu.

Ada satu aspek yang membimbangkan jika tidak dibendung. Dalam satu kajian, kanak-kanak berusia 3 ke 7 tahun diminta bermain kad tanpa melihat kad yang ada. Hampir suku dalam kumpulan tersebut melihat kad tersebut ketika mereka rasakan tindakan mereka itu tidak dapat dilihat. Daripada kesemua yang kurang jujur itu, 83% berbohong apabila ditanyakan adakah mereka ada melihat kad tersebut.

Ini menunjukkan seorang kanak-kanak yang gemar berbohong, berkemungkinan besar akan lebih gemar melakukan perkara-perkara berbentuk penipuan.

Mencuri

Kanak-kanak membesar dengan menganggap segala benda yang berada di sekitar mereka, kepunyaannya. Semakin besar mereka semakin mereka memahami konsep tuan punya barang, bagaimanapun untuk sesetengah kanak-kanak, mereka masih lagi merasa ada rasa ingin memiliki sesuatu walaupun tahu bukan hak milik mereka.

Amat penting untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang hak pemilikan barang. Yang lebih penting, jangan sesekali memanggil anak anda pencuri. Ajarkan anak anda tentang harta orang lain dan beritahu dia, dia perlu memulangkan barang tersebut pada tuan punya barang. Ajar dia meminta maaf.

Untuk kanak-kanak yang lebih besar, gunakan taktik psikologi yang menggambarkan kekecewaan. Kanak-kanak ini mampu memahami rasa risau jika mereka hilang kepercayaan ibu bapa atau sanak-saudara.

Bila anda perlu risau?

Ibu bapa perlu mengenalpasti waktu di mana tiga sifat negatif boleh kekal menjadi tabiat buruk anak. Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu anda mengesan gejala ini.

Apabila wujudnya satu corak yang sekata bila berlakunya kejadian-kejadian ini, itu salah satu petunjuk untuk ibu bapa supaya perlu mengambil langkah segera. Adakah anak anda melakukan tabiat itu berulang kali? Adakah tabiat itu berlaku selepas anak anda mengalami tekanan emosi?

Lihat reaksi anak anda. Adakah dia menunjukkan sifat bersalah selepas ditangkap melakukan tabiat buruk? Adakah dia tidak menunjukkan sebarang emosi bersalah?

Adakah tabiat itu tetap diteruskan walaupun sudah ditegur berulang kali? Itu adalah satu tanda yang perlunya lebih ibu bapa terhadap anak kerana apabila berlakunya pengulangan tersebut, ini menunjukkan sama ada bentuk didikan ibu bapa itu tidak sampai atau anak itu mempunyai masalah lain yang tidak mampu dia ceritakan.

Selain itu, ibu bapa perlu memahami yang kanak-kanak akan membuat tabiat buruk dalam suasana negatif, seperti ibu bapa yang gemar bertengkar atau ibu bapa yang bercerai misalnya.

Kanak-kanak sangat sensitif kepada persekitaran mereka jadi sebarang bentuk ancaman yang membuatkan mereka takut atau bimbang, mampu membuatkan tabiat buruk berbohong, menipu dan mencuri akan berlaku dengan lebih kerap lagi.

Sumber: http://iluminasi.com



via Bin Usrah

✍ Sumber Pautan : ☕ Viral Semasa

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2upA59u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.