Belasah Tuan Ibrahim isu DoJ: UMNO guna hujah Hadi atau Hadi gunakan UMNO?
* Antara mereka, siapa yang nampak ke hadapan tetapi agak kepanasan?
Apa sudah jadi? UMNO guna hujah Hadi Awang hentam Tuan Ibrahim
Pada 5 Julai 2017
KUALA LUMPUR, 5 JUL: Tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memomokkan langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat menyita aset yang dicuri daripada syarikat terpalit skandal 1MDB sebagai campur tangan asing seolah mengikut skrip yang disediakan UMNO.
Malah, organ propaganda UMNO, Jawatakuasa Hal Ehwal Khas (JASA) bertindak menghentam kenyataan timbalan beliau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggunakan hujah Hadi Awang.
“(Dakwaan) kegagalan penguatkuasa dalam negara membuka ruang kepada pihak luar membuat siasatan adalah sama sekali tidak benar.
“Sebaliknya ruang untuk pihak berkuasa asing ini dibuka oleh individu-individu yang membuat laporan dengan tujuan untuk memancing campur tangan pihak asing ini ke dalam konflik politik di dalam negara.
“Dan (hujah) ini disokong sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” kata Pengarah JASA, Datuk Mohd Puad Zarkashi dipetik laporan media.
Mengulas perkara terbabit, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Hadi Awang mengelirukan penyokong PAS dan masyarakat umum dengan mencipta persepsi salah bahawa agama Islam kononnya menyokong Malaysia menjadi “kleptokrasi global”.
“DAP tidak menyokong sebarang campur tangan asing terhadap hal ehwal domestik Malaysia tetapi kita tidak boleh membiarkan negara berterusan menjadi kleptokrasi global.
“DAP berdiri atas pendirian ini kerana tidak ada satu agama pun yang menyokong rasuah dan atau kleptokrasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hadi Awang seperti dilaporkan media sebelum ini membantah pihak yang didakwanya konon membuka ruang campur tangan asing dalam kemelut 1MDB.
Tuan Ibrahim kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan bosnya itu.
“Kegagalan institusi penguatkuasaan negara kita untuk menyiasat dan bersikap telus dalam skandal 1MDB membuka ruang kepada pihak lain yang sudi menyiasat skandal 1MDB,” katanya seperti dilaporkan media.
Tuan Ibrahim dilaporkan turut mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci skandal 1MDB.
Kata Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, tindakan Hadi Awang bersama UMNO dalam mengabaikan nilai dan prinsip Islam yang menentang rasuah dan kleptokrasi amat menyedihkan dan dianggap sebagai tragedi politik.
“Setahu saya, Hadi tidak pernah sekalipun menyatakan kebimbangannya terhadap gelaran kleptokrasi yang terpalit terhadap negara ekoran skandal 1MDB yang dicetuskan Najib,” ujarnya. – Roketkini

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2spm2iz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment