Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lepas Habis Urut, Saya Dan Suami Siap Untuk Pulang. Semasa Nak Pakai Selipar Aku Ternampak

Bila dari hari Isnin hingga ke Jumaat kita penat bekerja, kita mesti ambil satu hari untuk manjakan diri. Antara aktiviti yang boleh hilangkan penat ialah baring sambil tengok movie kat bilik, tidur sehari tak payah keluar rumah langsung dan pergi mengurut. Fuhh mengurut tu feeling dia lain macam. Memang rasa fresh setiap kali lepas urut.. Tapi urut badan, kepala dan kaki ehh.. Bukan benda lain.

image-1.jpg

 

Cakap pasal mengurut, kami dapat kiriman emel dari seorang isteri menceritakan pengalaman sakit hati, tak dapat dilupakan bila dia pergi mengurut dengan suaminya di satu tempat urut bertemakan bali ni.. Alamak..
Ingin cerita pengalaman paling sakit hati berurut

Saya ingin berkongsi pengalaman saya berurut di salah sebuah pusat urut yang bertemakan konsep bali bersama suami saya. Tujuan saya berkongsi cerita adalah untuk mengingat dan menasihatkan kepada semua kaum wanita yg berstatus isteri, tunang, gf atau apa2 pun status anda. Untuk pengetahuan semua, suami saya adalah seorang ahli sukan. dia selalu minta saya urut malam2 sebelum tido. Tapi saya pun seorang isteri yang berkerja. So saya pun penat gak nak urut dia tiap2 malam. Sape cakap mengurut ni tak penat?? dengan badan suami yang berotot lagi (keras sebab bersukan). Penat weiiii.. Dia selalu mengadu dia sakit2 badan kebelakangan nie. Dia ajak saya mengurut di pusat urut. sebelum ni kami memang biasa mengurut di Ampang, area rumah mak mertua, sebab suami memang orang sana. yg mengurut suami pun lelaki la.

Biasanya suami je yang selalu mengurut badan, kalau saya teman pun urut kaki jela.. Sejak berpindah rumah sendiri ni kami pun tak tau tempat nak mengurut. Disebabkan kami selalu shopping barang dapur di tesco. Kami pun nampak lah satu pusat urut di dalam tu.. Malangnya pusat urut tersebut tidak lagi menerima pelanggan kerana time tu dah pukul 8.30 mlm. Katanya pelanggan yang booking dah penuh. Rasanya saya sudah pergi ke pusat urut tersebut sebanyak 3 kali (selalu pergi selepas shopping barang dapur) namun masih tidak pernah mendapat khidmat mereka kerana selalu full. Pusat urut ni ada mengurut lelaki mahupun perempuan. Perempuan yang urut perempuan la.. laki yang urutnya laki la. Sebabkn dah full saya pun suruhlah suami google pusat urut yang lain.. lepas dah goggle, jumpa lah satu pusat urut ni. Suami pun suruh saya call tempat tu.. Lepas dah tau lokasi saya dan suami pergi la kesana. Berapa minit je dengan pusat urut yang pertama tadi.

Kedai urut nampak lain macam..

Keluar je kereta saya tengok pusat urut tu.. macam scary je.. Pusat urut tu di tingkat dua bangunan kedai. Konsep pusat urut tu ala2 Bali. Kami pun masuklah. Kami berdua masing2 urut badan.. Dah bayar apa semua saya tanya la yang urut suami siapa? orang kaunter (perempuan) tu cakap perempuan. Saya pun tergaman sekejap.. Suami pun serba salah.. dah bayar kan.. Tp tak fikir negetif sebab pusat urut ni maybe yang jenis professional (dalam kepala otak pikir staff yang urut pakai uniform mcm maid2 org kaya dalam cerita2 tv tu kot, pakai sarung tangan plastik yang orang selalu jual makanan tu pakai dan bagi pelanggan pakai baju yang sepatutnya la time urut, sebab saya ni tak pernah urut badan dan tak pernah pergi tempat2 urut mcm nie) time tu rase saya ni kena open minded sikit la.. Saya berkali2 pesan kepada orang kaunter tu supaya bagi suami tukang urut yang jenis urut kuat (dalam hati supaya suami dapat yang makcik2 dan gempal2 sikit.. hehe) lagi pun suami memang selalu komplen yang saya urut tak rasa. Sebab kan kami ni urut secara couple..

Lepas dah habis urut, pergi ke tempat suami pula lepas tu..

So orang kaunter tu ajak kami pergi ke tingkat 3.. dia tunjuk tempat urut kami.. Suami dan saya sebelah2 je.. yang pisahkan kami hanya lah langsir. nak cakap bilik pun tak jugak.. sebab dia macam pentas kayu, ada langsir, tilam single, bantal, kena bukak kasut dan towel je). Tingkat atas tu semua konsep urut dia mcm nie. lepas kami dah salin baju semua ade orang ketuk dari luar (bagi isyarat yang dia nak masuk la) sekali bila tukang urut tu masuk tengok2 memang bukan macam apa yang saya bayangkan.. Dia pakai seluar jeans pendek, baju kemeja lengan pendek yang had ketiak tu, muda dan putih.. bajet2 saya rumah tukang urut ni dalam lingkungan baya2 saya 25 tahun.. Saya diam lagi.. Dalam pikiran maybe suami dapat yang macam saya pikirkan tadi.. kami urut sejam.. tukang urut tu urut biasa2 je.. sempat la sembang dengan dia, ni keje full time dia ke? asal mana? dia dah kawin ke? suami mana? umur berapa? Dia cakap ni memang keje full time dia, asal Champa, ada anak 2 orang tapi takde suami (so korang boleh pikir kot mana dia dapat anak tu) umur dia 31 tahun.. Tapi kalau korang tengok pun tak macam 31 tahun weeeiiiii.. badan dia pun kecik molek je..

lepas dah habis urut, saya dengan suami pun siap2 la.. turun dari pentas kayu (tempat urut tu) nak pakai sliper saya tengok tempat urut suami ade kasut tumit tinggi warna hitam dalam size 4 kat luar. Dalam hati dah menggelegak dah, menyumpah2 dah.. jalan depan sikit nak ke pintu untuk turun ke bawah tengok ade tukang urut yang urut badan saya tadi dan sebelah dia seorang perempuan pakai dress hitam bapak pendek punya (kalau dia tonggeng kompem nampak seluar dalam dia) saya pun anggap perempuan tu yang urut suami.. Bab1 betul.. ini tukang urut yang dia bagi urut laki aku??? Aku rasa diorang nie memang ada buat extra service kalau mane2 jantan yang mintak tu.. Korang bayang kan la.. Kalau urut kat katil urut tu takpe lagi.. Ni urut kat atas tilam single atas pentas kayu takde katil.. Kompem2 la kena panjat badan bile nak urut bagai.. korang pun boleh fikir kan.. shit betul.. aku dah tarik muka dah dengan suami.. tukang urut tu dua2 senyum kat kami time nak turun tu.. otw balik memang tukar silent mode dengan suami..

Memang tak la lepas ni nak urut mana-mana main terjah je

Memang hati mengelegak betul..Suami tanya2 gak kenape aku senyap.. Aku tau dia tau kenape aku tarik muka.. Tapi saje je buat2 tanya lagi.. Muka suami dah serba salah.. kalau aku bukak mulut kompem2 perang besar.. baik aku diam dulu.. Tak pasal2 aku tido dalam hati yang sakit amat2 bagai di hiris2 je.. Tapi bila pikir balik bukan la salah laki ak 100% pun.. aku yang bajet2 nak open minded sangat.. hamik kau.. Memang tak la lepas ni nak urut mane2 main terjah je.. So, kesimpulan nya kepada kaum hawa semua.. Kalau2 cik abg uolls tu nk gi urut elok dan lebih afdal sekiranya korang tau kat mana, dengan siapa, dan tau mcm mana servis tempat urut tu.. Ngarut je urut2 babi nie.. Eh urut bali ni.. Tersasul pulak.. hehe..

Tapi sebaik2 alam semesta kalau korang pergi teman sekali. Tak la aku cakap semua pusat urut tu tipu.. tapi eloknya kalau korang pikir sempit sikit mcm aku. Sempit tak sempit.. Kalau aku tau laki aku pergi tempat2 macam tu lagi memang aku terajang dia dengan tukang2 urut dia sekali.. kalau pergi dengan kawan pun dengan kawan2 dia aku terajang.. so kena extra careful lepas ni sebab aku rasa memang bersepah je pusat urut yang mcm nie kt KL nie.. Jangan cepat sangat percaya kan laki2 anda.. hahaha.. cukup la kami dah terkena sekali.. kalau korang nak rasa pedih dansakit yang aku rasa sekarang nie boleh la try even laki aku tak bersalah dalam cerita ni.. sakit bebbbb.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGf2SB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.