Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) HTC Mungkin Hadir Dengan Peranti Spesifikasi Pertengahan Dilengkapi Ciri Edge Sense - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) HTC Mungkin Hadir Dengan Peranti Spesifikasi Pertengahan Dilengkapi Ciri Edge Sense

HTC telah sedia memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dinamakan HTC U11, dimana selain hadir dengan spesifikasi yang baik, telefon pintar ini turut hadir dengan sebuah ciri baru yang dinamakan Edge Sense. Melalui cir ini, pengguna boleh memicit telefon pintar mereka untuk membuat beberapa perkara.

Sebagai contoh, memicit untuk merakamkan gambar, mengakses sesuatu aplikasi, dan sebagainya. Pengguna turut boleh mengawal kadar kekuatan memicit untuk melakukan sesuatu tugasan berbeza.

Kini, desas-desus baru hadir ke arena web mengatakan HTC mungkin menyertakan teknologi Edge Sense ini pada telefon pintar berspesifikasi pertengahan. Mengikut apa yang diperkatakan, peranti ini mungkin menggunakan cip Snapdragon 660, skrin 5.2-inci, dan dilengkapi kamera belakang dan hadapan 16-megapixel.

Seperti biasa, ia hanya sekadar desas-desus sahaja buat masa ini. HTC sendiri telah mengatakan mereka akan mengeluarkan sebilangan kecil telefon pintar sahaja untuk tahun 2017 ini jikalau dibandingkan dengan sebelum-sebelum ini. Tetapi, sekiranya HTC ingin membuka integrasi Edge Sense kepada para pembangun ketiga, semestinya mereka memerlukan angka pengguna ramai menggunakan fungsi berkenaan, dan salah satunya adalah dengan menawarkan peranti berharga rendah dengan integrasi ciri tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tIpAAC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.