Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Mampu Bayar Kek RM50? Ini Jawapan Anis Al-Idrus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Mampu Bayar Kek RM50? Ini Jawapan Anis Al-Idrus

TAK mampu ke, sampai nak kahwin minta sponsor?  Itulah antara bualan netizen ketika ini gara-gara pembantu peribadi kepada Anis Al-Idrus menghantar mesej kepada pengusaha kek untuk meminta tajaan majlis perkahwinannya.

Ia berlaku sehari sebelum Syawal tempoh hari selepas pengusaha kek berkenaan berkongsi cetakan mesej di laman sosial yang mengundang pelbagai kata-kata negatif netizen.

Anis berkata, perkara itu bukan kerana dia tidak mampu untuk membayar kek cawan sebanyak satu kotak yang berharga RM50 itu, sebaliknya mahu memberi peluang mempromosikan perniagaan tersebut.

“Saya ingin memberi penjelasan tentang berita yang tular di media sosial apabila pembantu saya meminta tajaan kek cawan.

“Sebenarnya, ia adalah perkara biasa dan tidak merugikan mana-mana pihak. Dalam hal ini pihak mereka juga mendapat keuntungan kerana saya juga tidak mengenakan sebarang caj untuk mempromosikan perniagaan mereka,” ujarnya.

Pada 24 Jun lalu, seorang pengusaha kek cawan menyelar tindakan pembantu peribadi pelakon ini yang memohon tajaan sekotak kek cawan berharga RM50 yang disifatkannya sebagai tidak patut.

Individu tersebut berpendapat ia tidak mendatangkan hasil terhadap perniagaannya kerana tidak mengenali penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Anis berkata, sebagai seorang selebriti yang turut menjalankan perniagaan dalam talian, dia memahami kesukaran peniaga-peniaga baharu dalam hal promosi produk mereka.

Katanya, dia sendiri masih lagi menjalankan cara tersebut sebagai salah satu promosi produk keluarannya.

“Saya sendiri menjalankan perniagaan dalam talian dan masih memberi tajaan kepada orang lain. Jadi untuk tiga majlis perkahwinan saya nanti, saya membuka peluang kepada siapa yang sudi untuk membuat promosi dan tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka.

“Tiga majlis itu bakal mendapat liputan secara langsung di media sosial saya dan program Mahligai Cinta yang mana akan memberi peluang mempromosi produk tajaan majlis tersebut,” ujarnya.

Tambah Anis, dia tampil menjelaskan perkara ini untuk menjernihkan keadaan terutamanya apabila ia berkaitan hal perkahwinan yang melibatkan dua pihak keluarga.

“Saya sebenarnya malas untuk memanjangkan lagi hal ini dan saya bukan orang yang cepat melenting, tapi masih lagi ada yang bercakap.

“Penjelasan ini dapan menjernihkan keadaan kerana majlis ini melibatkan dua pihak keluarga,” ujarnya.

Anis bakal berkahwin dengan pemuda pilihannya iaitu Aiman Rafzan pada Jumaat ini.

Majlis berkenaan akan berlangsung di De’Laman Event Space, Shah Alam.

The post Tak Mampu Bayar Kek RM50? Ini Jawapan Anis Al-Idrus appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sLiWVq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.