Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dituduh mencuri, bekas pembantu rumah Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dituduh mencuri, bekas pembantu rumah Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu rumah pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, atas tuduhan mencuri tiga utas gelang tangan berjumlah lebih RM1,500 milik isteri jutawan terkenal itu, bulan lepas.

Dituduh mencuri, bekas pembantu rumah Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

Dituduh mencuri, bekas pembantu rumah Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

Sundari, 40, warga Indonesia mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Berdasarkan pertuduhan, Sundari didakwa mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 milik Datin Nur Shahida Mohd Rashid di sebuah rumah di Kampung Damai, Kuang, di sini pada 4 pagi, 18 Jun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul ‘Ain Shafie tidak menawarkan sebarang jaminan  kerana tertuduh adalah warga asing.  Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Pada 20 Jun lepas, media melaporkan jutawan kosmetik itu mengamuk apabila dia mendapat tahu beberapa pembantu rumahnya membuat pakatan mencuri wang dan barang berharga miliknya bernilai RM100,000.

Susulan kejadian itu, satu resit kiriman wang bernilai RM7,500 ke Indonesia ditemui yang dipercayai dilakukan pembantu rumah tersebut.

Kes itu menjadi viral selepas Aliff Syukri memuat naik lima video menunjukkan tindakannya menyoal siasat pembantu rumah selain rakaman beliau mengheret wanita itu ke Balai Polis Sungai Buloh.– Bernama

Sumber: Mstar



Sumber Dituduh mencuri, bekas pembantu rumah Datuk Aliff Syukri mengaku tidak bersalah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2toBoFj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.